Tuesday, 29 October 2013

Shortcut berguna Microsoft Excel


Dalam kerja seharian, kita tak boleh lari daripada menggunakan Microsoft Excel. Untuk orang lain excel ni menjadi suatu beban yang memberatkan kepala dan jugak mata. Kebanyakan hilang minat setelah 15minit dan rasa menyampah yang tinggi. Aku tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu, tidak diberitahu dan juga tidak mahu tahu.

Ada beberapa shortcut Microsoft Excel yang berguna dalam membantu mempercepatkan kerja. Selain itu ia agak menarik dan lebih mesra pengguna (apa punya ayat daa..) Eloklah kita mula secepat mungkin

Basic command, juga boleh digunakan untuk Microsoft Word
1. Ctrl + C = Copy
2. Ctrl + V = Paste
3. Ctrl + A = Select All
4. Ctrl + B = Bold
5. Ctrl + F = Find

Buat Graf sepantas kilat (1-2saat)
1. Select data yang diperlukan
2. Tekan F11 -setel

Select data dahulu

F11 je terus jadi macam ni

Masukkan Tarikh Hari ini 
1. Tekan Ctrl + ; (semicolon)

Masukkan Masa sekarang 
1. Tekan Ctrl + Shift + ; (semicolon)

Zoom
1. Tekan Ctrl dan pusingkan roda pada mouse (scroll mouse)
*roda mouse adalah benda yg terletak antara right klik dan juga left klik

Do Again
Do again adalah proses dimana command terakhir diguna semula. Payah sket nak terangkan. tapi aku cuba bagi korang paham. Andaikata fail tersebut mempunyai sehingga 30 worksheet. Worksheet korang tahu kan? Dan korang punya kerja kena padam 22worksheet. Cara lama dan membosankan adalah dengan tekan worksheet satu persatu then right klik pastu delete. Memang merana kalau kena buat macam tu 22 kali. Tetapi ada shortcut. 

1. Untuk step pertama pergi ke worksheet 1 dan right klik pastu delete (ini mula sahaja)
2. klik kat worksheet 2... Tekan F4
3. Klik kat Worksheet 3... Tekan F4
4.  Klik kat Worksheet 4... Tekan F4

Begitulah seterusnya sehingga korang berjaya men'delete' 22 Worksheet

Do again juga boleh digunapakai untuk command lain sepeti Bold, Underline, Add Sheet, dan juga mengikut kesesuaian kerja masing-masing. Bab ini kena explore sendiri le brader.

Sum (jumlah)
1. Alt + = (equal) 
* Microsoft 2010 dah ader icon shortcut kat ribbon

Select All Column
1. Ctrl + spacebar

Select All Row
1. Shift + spacebar

Balik ke pangkal Jalan A1 (automatic back to row/column A1)
1. Ctrl + home

Cukupla setakat ini sahaja. Beri banyak pon tak guna juga kalau korang tak test sendiri. Tips ni aku dapat kat youtube aje. Apa yang penting adalah ia mengikut kesesuaian kerja masing-masing. Tak nak guna tips ni pon tak pe. Tiada paksaan. Hanya sekadar info yang aku guna dalam kerja-kerja analisis data. Oh ya. aku sertakan video sebagai rujukan..





Monday, 28 October 2013

Moment di UTP

Ringkas cerita, aku menuju ke Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Perjalanan kira-kira 40minit.
Sempat sampai, terus take pic landscape





Tak lama lepas tuh kawan baru aku, Salman muncul
Dia terus ajar aku cara-cara shoot landscape
Aku kaget sebentar.
Ramah dan tak lokek ilmu pon dia ni. 
Macam dah kenal lama jer
Tanpa buang masa beberapa gambar diambil
Salman meminjamkan aku filter dan lens beliau. Salman tak shoot.
Salman kehilangan d90 beliau akibat jatuh ke dalam air buat kali ke 2
Ringkasnya, ini hasil tembakan yang aku pelajari daripada Salman





Banyak yang aku kena pelajari lagi..

Sunday, 27 October 2013

Parota dan Teh o

Aku singgah ke tempat yang dituju selepas Solat Maghrib. Disambut dengan mesra oleh Ah Xic dan seterusnya aku memaklumkan bahawa aku ader hasil tangkapan baru. Apa lagi kalau bukan lens prime 50mm. haha

Berikutnya perkara rutin bila ader barang baru. Mestilah menuntut ilmu dan test power. Rugi beli kalau x pandai guna. Banyak yang Ah Xic turunkan ilmu dia kat aku. Terasa bermakna sungguh. Itu belom ilmu editing lagi. Aku x bercadang nak tulis panjang2. Cukuplah barang sekeping dua gambar. Ya.. Entri kali ini lebih santai dan relaks. 


Menu santapan aku ialah... Parota Rich. Wujud dalam 2 bentuk iaitu biasa dan "cheese". Kedua-dua aku pernah rasa. Sedap dan tak rugi untuk mencuba kali ke 2. Haha. Dari segi penghilang dahaga pula aku tak memilih sangat. Cukup sekadar teh o panas.

Wednesday, 23 October 2013

Lambat 2 hari

Sepatutnya entri ini ditulis pada 22 oktober tetapi tak sempat. Kekesalan ku zahirkan kerana keterlambatan aku mencapai visi yang sepatutnya. Ku cuba tune idea ini kepada hari kejadian walau tiada sama frekuensi asal.
Hari ini kau berpisah dengan kerja
Hari ini kau mulakan rutin baru 
Hari ini kau hilang stress 
Hari ini kau lebih bebas 

Tapi hari ini aku belum gaji 
Tapi hari ini aku tiada daya
Tapi hari ini aku hilang kata-kata 
Namun azam hadiah tak pernah ku lupa

p/s Nanti kita pegi makan nasi arab bila abah da sihat.

22 oktober adalah hari jadi ayah aku. Insan idola ini tak ternilai respect aku kepada beliau. Pada aku he is the best. Enough said..


Tuesday, 8 October 2013

Zulkarnain dan Botol

Entri ini bukanlah berkaitan dengan Zulkarnain yang pernah korang baca. Ianya hanyalah suatu kenangan aku tentang keunikan yang tersendiri. Waktu itu aku berada di dalam kampus UTM Skudai, pada tahun 2003. Status aku pada waktu itu adalah Single (perlu ke mention benda nie?) dan yang paling boleh dibanggakan ialah gelaran "mahasiswa". Walaupon masih bergelar 'freshie' ia tidak menghalang aku daripada menyemai benih bangga sekejap. Belajar sampai Johor woi, takkan tak bangga lagi?

Hal mahasiswa ni pon satu problem jugak. Maklum ar mahasiswa sekarang ni tak macam zaman aku dulu. Rata-rata mahasiswa sekarang ni dah macam operator kilang jer aku tengok. Tak 'intelect' langsung. Sia-sia jer membawa matriks kad ke sana-sini tapi pemikiran umpama orang yang masuk penjara. Lebih tepat lagi penjara minda. Mengapa penjara minda? Ringkas sahaja... 

Kerana AUKU. Sapa yang tau apebenda AUKU tuh pasti akan faham. Sudahlah AUKU satu hal, muncul pula budaya perosak intelectual yang berlaku kepada mahasiswa dinihari. Mahasiswa yang main dota, counter strike, fifa dan macam2 lagi game tak berguna juga ramai. Mahasiswa yang main FACEBOOK? Lagi la berlambak-lambak. Paling tak best ialah mahasiswa yang terpesong daripada entiti intelectual sebenar iaitu yang dok tunggu depan TV layan program-program lagha seperti maharaja lawak, super spontan dan tak ketinggalan Akademi Fantasia.(AF 2013 dah nak start ni, kau orang tengok la penangan dia) 

Itulah realiti mahasiswa sekarang. Oh yang berpolitik dan menjadi MPM(Majlis Perwakilan Mahasiswa) pula lebih kepada program berunsurkan 'kursus kahwin' dan 'seminar mencari jodoh'. Pekebenda semua nie?? Maka wujudlah istilah mahasiswa tin kosong. Mahasiswa kini kian tersasar jauh daripada fungsi asasnya tersendiri iaitu menjadi penyelesaian masalah yang berlaku dalam masyarakat. Masuk ke dalam masyarakat dan selesaikan kepincangan yang berlaku. Jangan dok bangga belajar sampai ke menara gading tapi bila ditanya tentang penyata Razak, Laporan Fenn Wu dan Penyata Barnes, semua melopong..

Ok lah dah jauh aku merepek ni. Balik ke pangkal jalan. Kes Zulkarnain dan Botol ini berlaku sewaktu orientasi aku bersama freshies yang lain. Masa orientasi ni pakaian yang paling standard adalah baju putih dan seluar hitam bertali leher. Awal-awal masuk U memang teruja dengan fasilitator dan juga brader-brader yang dok study di pondok-pondok atau gazebo-gazebo berhampiran. Rasa macam heaven.. Syurga ilmu. Tapi itu cerita pada awal minggu sahaja. Ending sama juga. Nasib baik aku grad on-time. Salah satu sesi yang terpaksa dibuat adalah bermain game menguji kepantasan akal dan fikiran.

Game ini nama jer gempak tapi main dia senang jer. Ada unsur-unsur matematik sket. Kacang!! Pembahagian dilakukan kepada dua kumpulan, mahasiswa dan mahasiswi. Tak dapat la aku nak tunjuk power depan mahasiswi. Duduk dalam kumpulan secara bulatan dan sebut nombor 1,2,3,4,5,6. Orang yang ke 7 tak boleh sebut 'tujuh' sebaliknya kena sebut "botol" manakala orang selepasnya kena sebut 8,9,10 dan seterusnya. Rule dia mudah, Gandaan 7 dan nombor yang ada 7 kena disebut botol. Sapa yang salah kena keluar dan game start semula...
Ini bermakna nombor 7,14,17,21,27,28,35,37 dan seterusnya kena sebut BOTOL.. Pemenang akan dinobatkan sebagai RAJA BOTOL. 

Dipendekkan cerita aku tak menang pon game ini. Ada le aku bertahan dekat 5 round jugak. Ini kerana aku merasa bosan dengan game yang tak kemana ni. Sekadar melayan kehendak abang fasilitator aje. Final mahasiswa aku tengok diorang punya tekun main sampai ke nombor 70 ke atas. Time tu berbalas-balas sahutan botol, botol,botol, botol,. Akhirnya ia dimenangi oleh Muhd Dzulkarnain. Time tu aku tak kenal sangat dia ni.Melihat rupa dia saja memang sudah psycho. Patuh la dia bleh menang berbalas botol time final tuh. Kemuncak game ini apabila si Dzulkarnain ini bertemu dengan Amirah, juara botol mahasiswi. 

Korang bayangkan la time tuh macam mana tekanan final event game ni. Mahasiswa vs mahasiswi. Kali ni kena menang Dzulkarnain woi. Jangan kalah kepada mahasiswi. Ini soal maruah dan kemachoan kita. Kalau kalah memang aku cari dan gegar bilik kau, ucapan hati aku secara sayup sayup. Berpeluh-peluh jugak time tuh dah macam final badminton plak. Bermula final sehingga tamat semua mata tertumpu kepada Dzulkarnain dan Amirah. Namun begitu kejaguhan Dzulkarnain memang tiada taranya. Dengan berbekalkan muka yang psycho serta fokus game yang tidak berbelah bagi, si Amirah kecundang di tangan Dzulkarnain. Maka kami mahasiswa pon bersorak riang macam menang piala angkara si Dzulkarnain. Memang bangga dia time tu lagi-lagi bila abang fasilitator mengumumkan nama Dzulkarnain selaku RAJA BOTOL..

Begitulah kisah yang penuh inspirasi ini.. Aku nak tanya sket ni...Agak-agak korang la, apa nama gelaran yang kami panggil si Dzulkarnain ni? Dzul? Nain? Yer betol, akibat memenangi game BOTOL ini maka seluruh mahasiswa dan mahasisi memanggil beliau BOTOL. Kah kah kah 

p/s : Ketentuan secara kebetulan dia agak mengada-ngada jugak la. Akhirnya Dzulkarnain berkahwin dengan Amirah.. 

Thursday, 26 September 2013

Vatican City


Kalau korang masih ingat Azwan, baguslah. Sebab cerita kali ini ada hubungkait juga dengan beliau, secara tidak langsung. Azwan ini mempunyai seorang adik, Awi nama dia. Awi ni pulak lebih alim dan lebih budiman daripada Azwan. Perangai tak ketahuan hala ni aku tak tau dari mana Azwan ciplak. Namun begitu, Awi ni dia suke-suke jer panggil aku Izni, bukan Abang Izni sedangkan aku memang tahap brader-brader kot. Awi ni baru je masuk Universiti.

Satu hari tuh Awi solat kat rumah aku. Memang alim... Solat apa aku pon tak tahu, sebab time tuh jam menunjukkan tepat 4:00 petang. Dia solat kat Bilik 4 (bilik belakang). Kebetulan time tuh aku pon nak masuk Bilik 4 cari barang. Terkejut jugak aku mulanya tengok dia semayang. Lain macam sket dia ni semayang. Tak per kau tunggu jap lagi. Aku tak sergah Awi serta merta kerna menghormati beliau tengah solat walaupon aku tau dia salah.

Selang beberapa minit kemudian Awi pon selesai. Keluar dengan muka penuh berseri umpama nur menjamah bumi. Mungkin baru lepas wirid dan berdoa. Aku pon memulakan bicara. Kau semayang apa, Awi. Dah pukul 4ptg ni. Selamba jer dia jawab "Zohor dan Asar.. jamak". Kau bentang sejadah tadi arah mana? Arah sini, ringkas sahaja Awi membalas sambil menunjukkan arah dia solat sebentar tadi.

Aku tak terus mengangguk atau menggeleng. Cuma buat aksi kaku. Awi mula rasa serba tak kena. Kenapa Izni? Apa yang tak kena? soal Awi. Dengan tenang aku bertanya Awi, Kau tau tak kiblat ni menghadap ke mana? Makkah.... pantas Awi jawab. Not bad, kata aku tapi dalam hati jer la. Kemudian aku menambah ringkas, Kiblat ni arah matahari jatuh..

Sejak aku duduk kat sini, matahari jatuh arah sana... bermakna Makkah pon arah sana, sambil menunjukkan arah berlainan daripada kiblat yang Awi tunjuk tadi. Arah yang ko semayang tadi sebenarnya menghadap ke Vatican City!!! (tunjuk arah kiblat Awi)

Tanpa banyak soal Awi terus solat semula... Mungkin dia terkejut apabila aku menyebut perkataan Vatican City. Usai Awi solat aku tanya lagi kat dia. Kau tau tak Vatican City tuh tempat apa? Awi hanya menggeleng.
"Vatican City tuh pon kiblat juga...."Muka Awi berkerut terkejut. "..tapi untuk orang yang beragama Kristian sahaja" 
aku pon terus berlalu ke dapur meninggalkan Awi yang sebak dan rasa bersalah kerana tersalah kiblat.

Sejak peristiwa itu, Awi da start panggil aku Abg Izni... keh keh keh

Monday, 23 September 2013

Oh Snap snap snap - Suatu Permulaan


Belajar main kamera sebagai satu hobi.
Kamera yang bertakhta di hati tidak lain dan tidak bukan ialah Nikon d90
Jangan tanya mengapa Canon bukan calon utama.

Mengenal beberapa terma baru ISO Shutter Speed Apperature
Seronok rupanya mengambil gambar ini
Pon begitu aku masih belum menyimpan niat utk buat job photographer

Aku merasa seronok melihat gambar yang cantik-cantik
Ianya sajian menjamu mata
Agar kita kenal dan tahu siapa Pencipta alam ini,
Agar kita mengerti dan bersyukur
Agar kita sentiasa menyebut "Subhanallah"

gambar 1

gambar 2

g3

g4


Wednesday, 11 September 2013

Jangan Display Depan Kawan-kawan


Cerita ringkas ini aku mulakan dengan kes di Felda Sg Kelah, Sungkai. Kepada yang masih blur Sungkai tuh kat mana, aku bagi tau.. Jangan risau, korang tak payah Google. Sungkai tuh di Negeri Perak Darul Ridzuan. Pakcik aku baru dapat transfer dari Endau ke Sungkai. Endau tuh kau orang Google la kat mana.

Hari tuh memang hari Sabtu, takkan aku lupa. Barang-barang untuk pindah semua dah angkut. Tinggal nak letak jer kat rumah baru. Pendek cerita aku tak tolong pon pak cik aku pindah. Sempoi, bukan?? Alasan yang standard aku bagi, aku keje harituh. Alasan yang standard tapi benar. 

Aku tumpang Lokman yang kebetulan nak balik ke KL. Masih ingat lagi tak siapa Lokman? Alaa.. budak kalendar tuh. Sila rujuk Entri Iftar di Melaka. Tugas Lokman drop kan aku kat Exit Sungkai jer. Lepas tuh ader orang lain yang akan amik aku plak. Segala galanya berjalan lancar sehingga proses menaiki kereta kedua.

Yang amik aku dan bawak ke rumah pakcik aku tuh adalah Azuan.Dia pernah ditanya oleh murid-murid sekolah dia "Cikgu ada six packs kan"? Ahh teruk jugak perangai budak zaman sekarang. Maka aku pon masuk la kedalam Viva tuh. Kami berempat menuju ke Felda Sg Kelah. Bermula lah sessi bertegur sapa sebab Azwan ni bawak dua orang kawan dia. Tak de function pon bawak diorang ni, sekadar memberatkan kereta sahaja(masa tuh harga minyak masih rendah - RM1.90) 

"Kau agak-agak la Azwan, aku yang dari Ipoh ni boleh jamak tak?" Soalan mudah tapi menduga ilmu Azwan. Member dia yang 2 orang kat belakang kereta tuh pon berminat dengan soalan aku tuh. Setelah berfikir agak lama juga Azwan dengan yakin jer menjawab "Ahh dari Ipoh ke sini sejam jer, mana boleh jamak". Amboi jawapan, macam orang baru masuk darjah 5 jer.

Aku beristighfar panjang bila dengar jawapan tuh. Tapi dengan x semena-mena kawan Azwan yg duduk belakang seat tuh sound Azwan. Woi jamak dikira berdasarkan kilometer la..SYAITONNNN. Pon begitu Azwan masih lagi blur. Mungkin tak sampai lagi seruan sebenar, Tak pe Azwan kejap lagi kau tahu ler nasib kau. Perlahan lahan aku mengatur ayat, Jamak ni dikira berdasarkan kilometer iaitu lebih kurang 90km atau 2 marhalah. Tak pernah lagi orang kira jamak mengikut jam.. Cuba ko bayangkan kalau dari Ipoh aku ke KL hanya 45minit jer... naik kapal terbang, bro. Kalau pakai hukum yang kau sebut tadi, kiranya aku tak layak jamak la yer....?

Memang padu aku bagi Azwan harituh. Sepupu ke bukan sepupu ker hal hukum ni kena tegas dan lagi besat kalau membahan sedara. Owh okey aku dah faham, balas Azwan lemah..Bersyukur akhirnya aku dapat mengajar Azwan satu ilmu yang berguna. Dia pon bukan la buta agama sangat. Cuma entah kenapa dia keliru antara masa dan jarak. Mungkin barangkali dia culture shock kerana Sungkai ke KL hanya mengambil masa satu jam..

Diakhir topik hangat kami di dalam kereta, aku tepuk bahu kiri Azwan yang masih lagi drive menuju destinasi kami. Aku usap dan belai lembut bahu itu dan mengeluarkan ayat lahanat. "Azwan... bodoh ni jangan display depan kawan-kawan..." 

Keh Keh Keh 



Sunday, 1 September 2013

Makna bacaan Solat


Sejak kecil lagi kita sudah solat tapi faham ke bacaan dalam solat?
Macam mana nak kusyuk kalau kita x paham bacaan dalam solat?
Jangan jadikan 'kita bukan orang arab' sebagai alasan..


Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk semua...

Friday, 30 August 2013

Dalam Kembara - M.A.Y





Di alunan ini kuluah keresahan Untuk menempuhi liku-liku dunia
Berdebar hatiku meneruskan langkah ini Dimanakah arah harus kutujui

Sepanjang jalan penuh kesulitan Apakah diriku akan berjaya
Hanya pegangan sebagai cahaya Untuk menyuluh di lorong gelita

Oh Tuhan berikanlah semangat untuk ku terus berdiri Agar dapatku meneruskan langkah ini Dan mencari kebenaran

Selagi riwayat belum berakhir
takkan ku henti perjalanan ini

Sunday, 25 August 2013

investment

Banyak perkara yang berlaku sebulan dua ni..Yang paling besar dan bererti adalah aku sudah berkahwin.Jika diceritakan dalam blog ini tentang hal ehwal nikah kahwin dari A hingga Z maka sama la seperti blog-blog yang sewaktu dengannya, malah ditakuti akan lebih membosankan pula. Takkan la aku nak ceritakan hal-hal hantaran, pelamin, bunga manggar, goodies dan entah hapa hapa lagi.. Itu tak memberi info yang penting dan bermanfaat sangat.
"SEBENARNYA AKU NAK EXPLAIN SKET PERUBAHAN BILA DAH KAHWIN NI"
Disebabkan aku Izni maka sudah tentulah ia berlainan dengan orang lain yang baru bergelar pengantin baru. Ya kahwin memang syok, best dan seronok. Dan sampai sekarang aku masih rasa begitu. Yang berubah hanyalah pemikiran, mula merancang untuk mencari rumah untuk perlindungan, zuriat dan waris, serta macam-macam lagi yang berkaitan.

Dari segi kewangan plak investment for retirement. Bunyi macam gempak je ‘investment for retirement’ ni. Senang cerita konsep yang mudah faham adalah bila bersara nanti (55 tahun – sekiranya panjang umur) berapa savings yang kau ada. Biasanya dikaitkan dengan wang ringgit. Disini aku nak menegaskan bahawa wang ringgit bukan matlamat utama. Tapi banyak benda nak buat kena menggunakan wang ringgit.

Ambil contoh pada 55 tahun aku nak ade simpanan sebanyak 700k, suatu nilai yang aku rasa mencukupi untuk saki baki hidup pada tahun seterusnya. Dan sekiranya aku berjaya, hidup ini menjadi lebih bermakna.. Kenapa, kerana pada tahun 2038 nama aku secara automatic akan dimasukkan ke dalam list Tabung Haji sebagai orang yang sudah layak untuk menunaikan haji. Terkejut?? Aku sudah pon mendaftar dalam waiting list, tunggu panggilan daripada Tabung Haji sahaja. Namun begitu, panggilan sebenar adalah apabila Allah memanggil hambaNya ini ke Mekkah.

Sekarang ni kau orang dah Nampak kenapa aku tulis panjang2 dan ape pentingnya ‘investment for retirement’ ni?? Bagus, tunggu apa lagi? Pergi la cepat-cepat daftar haji.. Buat penat je aku tulis panjang-panjang tapi ending dia korang tak pergi daftar haji. Oh ya tak silap aku(izni jarang buat silap) untuk daftar ni korang kena ada akaun Tabung Haji dan kena ada minimum amaun RM1,300.00 untuk melayakkan korang mendaftar haji..




Mencari Sebuah Buku - Kisah panjang

Membaca tajuknya saja sudah pasti coretan ini bersifat karangan panjang berjela.Memang kali ini aku nak tulis panjang2.. Sebelum ini aku x pernah tulis panjang2.. kan??

Kisah bermula bilamana seorang sahabat suggest kat aku supaya membeli satu buku yang best giler. Aku pon terpengaruh. Ah hal kecik dan senang jer nak beli buku ni. Bukan melibatkan benda yg bersifat teknikal.

Maka Lepas kerja aku pon terus menuju ke kedai yang pertama. Nama kedai ni Pustaka Muda tapi aku gelarkan ia sebagai "Kedai Abang Syam". Ini kerana Abang Syam jaga kedai tuh. Satu hal yang pelik tentang Abang Syam ni dia ada hobi yang rare giler iaitu mengumpul jersi. Memang sepanjang aku jumpa dia asyik pakai jersi jer. Aku akan ulas hal abang syam ni pad entri yang lain,(jika aku mahu)
"Kedai Abang Syam"

Masuk je kedai ni pendengaran aku terus disajikan dengan ceramah agama. Memang Islamic kedai ni dan aku pon senyum sinis. Mesti ada punye la buku yang aku nak tuh. Oh ya.. Ceramah agama tuh pasal Kisah Ghulam dan Raja... Korang boleh Google sahaja okey? Tak payah la aku nak story kat sini. Dalam sedar tak sedar, sambil aku mencari buku tuh sambil aku dok layan ceramah kisah Ghulam. Agak lama gak la.. Pencarian secara manual aku tak berhasil, dan tanpa membuang masa aku terus ke penjual yang bertugas mintak dia tolong carikan... "Akak, ada tak buku ehem ehem,? soalku mesra.
"Kita tak ambil buku daripada publisher tu adik"
Sebelum itu aku hamburkan pertanyaan kepada akak tu aku secara diam2 dalam hati berdoa. "Ya Allah kau permudahkan urusan ku".. Setelah akak tuh memberi jawapan singkat itu baru aku tau bahawa doa aku telah dimakbulkan secara instant. Ini kerana selepas ini aku boleh terus sahaja bergerak menuju ke kedai berikutnya. Tamatlah sudah cerita di kedai pertama.

Biasanya bila dah tak jumpa orang lain akan putus asa... Tetapi tidak aku. Member dah pesan secara serius kau kena baca buku ini. "Nanti aku pinjamkan dekat engkau" masih aku terngiang-ngiang suara sahabat aku tu. "Eh tak per la aku boleh cari sendiri" takkan la buku pon nak kongsi. Superbike aku AGD 897 tuh aku terus pacu dengan bangga menuju ke KEDAI 1MALAYSIA UTC IPOH 

Lain pula ceritanya di kedai 1MALAYSIA UTC IPOH. Masuk je aku buat taktik yang sama mcam kedai abang syam. Ronda-ronda dan mencari buku tersebut secara manual. Dipendekkan cerita maka tidaklah aku menjumpai buku tersebut. Maka aku pon bergegas ke kaunter, lantas menegur adik yang bertugas. Adik tuh macam baru kerja jer, bila aku panggil dia terus jawab tak tau lalu panggil pekerja yang lain. Maka datang la seorang brader yang lebih tinggi daripada aku. Gaya brader ni macam da lama keje so dia pon pergi cari dan mengambil buku yang aku nak tuh kat rak depan. Malangnya itu bukan la buku yang aku hendak. Tajuknya hampir sama. Ahhh mula aku nak memberontak ni. Entah dari mana muncul plak orang ketiga, dengan slumber jer mencelah.
Buku tuh abang kena order direct dengan pengarang dia. 
 Aku pon mendengar penerangan orang ketiga ini sambil meneka yang dia nie mungkin dari bahagian order-order buku untuk stok kedai tersebut. Cara dia terang pon memang boleh tahan. Tak de la macam adik yang mula-mula tadi... Aku pon terus berlalu meninggalkan kedai tersebut. Dalam dok jalan-jalan menghampiri tempat parking 'superbike' aku tuh aku tiba-tiba terpikir.. Takkan la kena order direct dari pengarang. Apa teruk sangat ker kedai buku kat Ipoh ni sampai tak dibenarkan beli dan jual kepada pengguna? Bangang apa yang merasuk pengarang sampai hanya dia je yang boleh jual? Kan ke menyusahkan aku dan orang lain.. Monolog aku terhenti kat situ jer sebab aku kena pegi ke kedai seterusnya.

Kedai seterusnya berada di dalan JUSCO Kinta City. Ada dua kedai yang aku lawati iaitu MPH dan juga POPULAR. Di MPH memang tiada stok dan kena order. Ini membuktikan bahawa teori buku tersebut hanya kena deal direct dengan pengarang adalah tak logik dan palsu. Di POPULAR pon kes yang sama tapi aku kena berterima kasih kepada staf yang jaga department tersebut. Adik memang cun dan best, haha. Maklumlah itu jer harapan terakhir aku. Selepas beberapa ketika adik tersebut datang sambil buat muka bersalah.
"Kat sini buku tuh dah habis bang".
Aku hampa selama 1saat. Saat berikutnya aku dikhabarkan dengan berita gembira. "Abang kena cari buku tuh kat AEON STATION 18. Hanya tinggal 5 buah buku je". Dengan tersenyum aku membalas "terima kasih". Pon begitu aku mengamuk jugak la dalam hati. Nak ke sana satu hal. Dah nak maghrib dah ni. Nampaknya aku kena gerak lepas Isyak la cari buku tuh. Perjalanan pergi lebih kurang 20minit (11km)

Google Map untuk ke AEON Station 18

Jarak hanya 11km tapi berliku woi...

Selepas Isyak aku pon sampai la ke destinasi impian. Haha memang kerja gile mencari buku sejak 5petang sampai la 9:15malam. Akhirnya selesai sudah. Puas hati dan berbaloi berkorban untuk buku ini. Oh ya aku baru perasan sebenarnya buku ini aku tak bagitau kat korang semua pon apa nama tajuk dia.. Haha sengaja aku buat demikian supaya korang baca entri ini sehingga habis. Ok tajuk buku tersebut adalah "mudahnya Menjemput Rezeki". Pada masa akan datang aku akan tulis review(ulasan) setelah selesai membacanya (itu pon kalau aku ada mood). Hingga ketemu lagi..


Tuesday, 6 August 2013

Iftar di Melaka - karangan darjah 6

Berbuka puasa pada tahun ini di luar kebiasaan. Melaka Bandaraya Bersejarah menjadi "venue" untuk tahun 2013. Tuan rumah pada kali ini seorang yang sudah lama tidak bertemu sapa.. Siapa lagi kalau bukan Doktor Ikhwan a.k.a Korex.. Badan jer kecik dia ni tapi entah kenapa banyak pula lauk yang disediakan. Ucapan tahniah juga kerana beliau baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama (aku percaya there's more to come)

Hal yang kedua ini paling rare iaitu MOK datang.. APAA?? Mok datang??? Bila mok datang.. 

Ahh malas plak aku nak tulis.. Korang pon mesti tahu kan kalau insan bernama Mok berbuka puasa memang kalau lambat terjah makanan yang terhidang, alamatnya memang tinggal saki baki sahaja la...


Aku pon tak tau kenapa untuk perenggan ini, anak Ejat bakal menjadi model aku letakkan sebagai isi penting. Entah la mungkin aku tercuit hati bila melihat telatah comel beliau beraksi manja + cute di hadapan kamera.(mula aku nak buat ayat sentimental plak..)

Helmi yang sinonim dengan gelaran player paling lincah (futsal) dan juga gelaran 4 world cup pon ada setelah dicekup oleh Noor Luqman dan Mok. Macam-macam ragam diorang ni. Pon begitu yang paling best ialah solat jemaah isyak disulami dengan ucapan tazkirah oleh sahabat bertiga yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah.

mengumpat + mengata acara utama dan tak kering gusi apabila abang Batman mula membahan sorang sorang. Aku dah lama perati si Mok ni. Dah menghampiri sangat dia ni kepada 'kekebalan' daripada di bahan oleh orang lain. Memang nak kena smash dgn ping pong dia nie... tak pe, ko tunggu je mok

Apalah ertinya ziarah tanpa bergambar. Lawak dan bahan membahan boleh dilupakan kerana 'bergurau senda' sesama sahabat tapi kenangan yang manis adalah bergambar. So aku sertakan beberapa gambar sebagai tatapan.
Dengar khabar next year rumah Adzim pula

|
|
|
|
|
|
|
|
\|/

Yang ini pula apa kes?

Wednesday, 24 July 2013

Entri Pertama



iini adalah entri pertama. tiada entri lain sebelum ini. dan entri ini
adalah tribute kpd seorang kawan. pengaruh rakan sebaya katanya..

meeting berkaitan penyerahan al quran kpd warga sis
akan dijalankan sesudah kenduri epoi. ya.. batch kami
sis97-01 menjalankan kutipan derma utk budak mentelaah al-quran

batch korang bila nak buat???

Created with Artisteer

Ada Apa Dengan Muzik



Muzik itu secara amnya bermaksud bunyi-bunyian yang terbentuk secara berirama. Tak kurang juga ada yang melabelkan ia sebagai satu seni (art) yg menggabungkan bunyi dan berdiam diri (silence). Selebihnya muzik itu sendiri terhasil daripada gabungan konsep asas seperti tempo, harmoni, rhythm, dinamik, melodi dan pelbagai lagi. Muzik juga berasal usul daripada perkataan Yunani.

Bersifat universal dan setempat, muzik dikatakan mempunyai jiwa dan pengaruh yang kuat terhadap suatu komoniti dan ketamadunan manusia. Pelbagai corak muzik dihasilkan oleh manusia dan kepelbagaian ini ditafsirkan sebagai baik atau buruknya hasil yang diorientasikan mengubah dunia. Jenis2 muzik ni mmg banyak.. Susah aku nak tulis semua..Aku tulis yg mane aku ingat aje.. Ade punk,rock,metal,jazz, hip hop, r&b, ska, blues, indie, nasyid, ghazal, qasidah, zapin, ulek mayang, k-pop dan macam2 lagi

Setiap satu pula kadang2 dipecahkan lagi menjadi lebih detail.. Rock dan Metal contohnya dipecahkan lagi menjadi slow rock, pop rock, hard rock,punk rock, progressive rock, black metal, thrash metal, heavy metal, metalcore, melodic metal… paling panjang pernah aku dengar ada satu kumpulan tuh mendifinasikan muzik mereka sebagai blashphemic assaulting black metal desecration. Entah la aku pon x paham jenis yg macam tuh.

Muzik ini hanya alat. Dan ia mempunyai kuasa mistik haha.Kuasa muzik ini jelas mempengaruhi perbuatan serta jiwa seseorang. Contohnya apabila lagu tersebut kena dgn jiwa dan keadaan seseorang itu spt putus cinta, maka dengan serta merta mengalir air mata.. Tak kurang juga ader yang ingin tendang kerusi atau hempuk meja apabila mendengar lagu2 yg x kena dengan jiwa spt lagu jiwang karat yg entah hapa2 lagi mendayu dayu.

Tak cukup dengan itu, silaturrahim antara sesame manusia juga boleh jadi erat atau terputus dengan muzik ini.. Tak percaya?? Isk isk isk… Betoi la.. Lihat sahaja muzik bawaan kumpulan Raihan.. Indah damai mententeramkan jiwa, mengajak manusia kearah kebaikan, penuh dengan misi mulia. Sekarang ni cuba bandingkan plak dengan muzik yang mengapi apikan sifat anarki seperti muzik bawaan Rage Against the Machine…?
Kesimpulannya ada apa dengan muzik? Ada segala-galanya… yeah bergaduh pasal muzik pon ada, bercinta dan berkerjaya pasal muzik pon ada. Menjadi terkenal dan glamour pasal muzik pon ada.. entah dimana silapnya, ramai plak yg suka dengan lagu Oppa Gangnam Style. Kalah Justin bieber.. Muzik yang catchy dan simple menjadi pilihan umum. Untuk yang lebih mencabar ada yang menganggap satu karya muzik itu sebagai satu “masterpiece”.. Memang ramai yang bleh goreng lagu ‘Sweet child o mine’ tapi mencipta satu riff dan melodi sehebat lagu tersebut hanya seorang insan yang bernama Slash Snakepit shj yg mampu menghasilkannya..
Dahulu aku layan gak metal2 ni.. tp sejajar dengan peningkatan umur, maka aku cool down sket.. dan layan muzik ikut suka aku jer.. janji muzik tuh menggembirakan aku.. Ingatlah bahawa muzik ini alat mcm pisau jer.. baik buruk alat itu bergantung kepada cara kita menggunakannya. Pisau bleh digunakan utk melapah/memotong makanan(manfaat-kebaikan). Ia juga boleh digunakan untuk membunuh..

Created with Artisteer

Hal kecik yang bahaya - Typo

Typo ni aku definisikan sbg salah taip huruf dalam satu perkataan. Buat permulaan ia berlaku disbbkan ketidakupayaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan keyboard. Bukan keyboard organ atau piano.. Tetapi keyboard computer atau sesetengah brader2 memanggil keyboard QWERTY

Yang menyebabkan typo ni berleluasa adalah kerana keyboard ini wujud di dalam telefon bimbit. Time pakai Blackberry dan Nokia dulu serius aku x buat benda2 typo ni. Bila pakai je handset touchscreen Samsung Galaxy note maka aku byk buat typo.. Kombinasi teknologi touchscreen + QWERTY ini menyebabkan aku digelar “King of Typo” di kalangan member2. Haram xleh nak bangga langsung dgn gelaran tuh.





Kepada yang tak faham tuh biar aku jelaskan beserta contoh. Selepas ini mesti korang akan tergelak2 sambil tersenyum.. Mohon rujuk gambar agar lebih jelas. Contoh ini aku combinekan dgn imaginasi agar korang faham betapa bahayanya typo… Terlajak perahu boleh diundur terlajak typo... dibahan oleh kawan2 la jawapnye..

Situasi 1… Kes Huruf U dan I (sebelah menyebelah)
Contoh: Dapat SMS yang berbunyi macam ni.
Pengirim : Woi, Pengurus besar minta ko update kat dia pasal site visit semalam
Aku Reply : Sekarang juga aku pergi bagi tahi kat dia… Tekan Send dgn pantas dan cekap ditambah dgn confident level yg tinggi…Bila membaca semula sms yg aku hantar tadi maka
Tanpa membuang masa aku send lg satu msg ringkas.. “bagi tahu”
Itu tak pe lagi.. Setakat bagi tahi ni dah jadi perkara biasa jer. Tak thrill sangat pon typo dia. Kiranya macam budak baru nak up la..

Situasi 2.. Huruf R dan T (sebelah menyebelah jugak)
Contoh:

Aku nak taip Barang Yang lepas Jangan DiKenang… apabila Huruf R pada perkataan Barang telah terganti oleh huruf T, korang tau ape kesudahannya
Fikir dan teka ler.. Aku bagi masa untuk korang solve dahulu dan sekiranya berjaya korang mmg power dan akan tersenyum… Ye betol tuh.. Ayat tadi telah pun menjadi Batang yang lepas jangan dikenang.. Lucah bukan?? Sekarang korang da Nampak bahaya sebenar TYPO ini.. Keterampilan diri serta jatidiri yang korang bina bertahun tahun akan hilang dalam sekelip mata.. Nasib baik la waktu aku buat typo ni hanya dlm perbincangan group whatsapp je… Walaupon begitu kalo dah buat typo kawan2 aku memang akan membahan sehabis mungkin.



Aku dah ngantuk ni tapi nak abiskan jugak entri kali ni... Dua contoh berikutnya aku ulas simple je... korang solve sendiri.. Memang serius typo yg dibawah ni

Situasi 3.. Huruf J dan K (sebelah menyebelah lagi)
Ayat : Apa yg ko buat sampai Anwar pon puji kau?? [Puji menjadi...]

Situasi 4.. Huruf s dan D (sebelah menyebelah lagi)
Ayat : Bagus, aku suka dengan respon dan hasil kerja kau.. Sangat pantas dan kemas. [Pantas menjadi....]

Kepada yang berjaya solve tuh aku ucapkan tahniah.. Kepada yg slow tuh tak pe.. bleh ambik masa
Ada lagi typo yg bersifat picisan.. tak sesuai pula aku ulas disini.. lagipon ia sekadar peringatan dan pengajaran.



Moral of the story :
1. Samsung Galaxy Note blom menjamin korang x kan typo
2. Kalo kena bahan disebabkan typo maka sabar jer la
3. Semak sebelum terlambat. Terlajak perahu boleh diundur terlajak typo buruk padahnya

Created with Artisteer