Thursday, 10 December 2015

Selamat Pengantin Baru : Eira & Zafarin

Tak silap aku mereka bernikah pada 28Nov2015. Majlis mereka berlangsung di Tumpat, Kelantan.
Aku hadir sbg tukang ambil gambar secara suka-suka. Ini kerana aku nak try amik gambar fotojurnalis di Rantau Panjang. Malangnya aku gagal dan hanyut dibuai jualan-jualan murah di sana.

Tentang majlis tersebut, biasa saja. Tiada yang luar biasa spt majlis artis/selebriti terkenal tanah air. Selain gambar nikah, ader juga aku ambil gambar outdoor dan berpeluang sket2 amik gambar landskap, itu pon secara x sengaja.

Balik dari Kelantan,(jalan Gerik-Tasik Banding) jumpa sekawan gajah sedang mundar mandir tepi jalan. Terkejut aku. Nasib baik lah gajah tu tak mengganas..