Tuesday, 26 August 2014

Sahom Farm Retreat

















Konsep percutian ala kampung dan juga privasi yang terjamin. Jika itu yang engkau idam-idamkan maka jemput lah ke sini.

Tapi first impression aku memang tempat ni best.. Banyak aktivi yang boleh dibuat

Wednesday, 13 August 2014

Raya 2014, part 2 : Beraya ke Selama

Kali ni time aku dan family pula beraya. Destinasi yg dituju adalah Selama Perak. Rumah Azwan dan Awi (sepupu aku). Azwan dan Awi ini pernah aku tulis kisah mereka dalam entri yg lepas. Aku bertekad untuk bawak kamera dan melakukan beberapa testing shoot gambar anak buah aku Aqiel dan adik aku Izzat





bergambar sebelum memulakan perjalanan


Sempat lagi aqiel jeling kat kamera








Sampai kat Selama dalam kol 8:00malam jugak ler. Kira-kira dua jam perjalanan. Mujurlah lalulintas dalam keadaan lancar sewaktu atas highway. Kalau tak boleh menyumpah aku. Oh ye lupa pula nak bagi tau pasal pe aku beraya kat Selama. Sebenarnya Azwan dan Awi masuk rumah baru. So bapak diorang buat la kenduri dan sedikit jamuan. Aku seperti biasa tidak terlibat dalam hal-hal masak2 sebegini. Datang dan makan sahaja tugas aku.

Selepas segala hal selesai maka kami pon group photo dan yang mana sepupu-sepupu yang agak trending tuh bawak keluar monopod dan berselfie. Untuk nampak muda aku pon join mereka.. Itu sahaja. Untuk nampak muda.. okey? kalau tidak ada mereka maka aku pon tak hingin nak selfie ni..

Nanti aku ceritakan pula part 3: last part raya 2014




Tuesday, 12 August 2014

Raya 2014 : Part 1

Seperti biasa aku yang sibuk ini akan tulis entri blog lambat sket. Dah 17 Syawal baru nak tulis pasal raya. Memang aku tiap2 tahun beraya secara sederhana. Entah bila aku mula-mula gunapakai konsep sebegitu aku pon dah tak ingat. Mungkin sejak aku dah tak layak untuk kutip duit raya kot!

Beraya rumah mertua tahun ni. First time la. Tak ada beza sangat pon. Pergi semayang raya pastu jamuan skit oleh pihak surau. Then bermaaf maafan seterusnya upacara tangkap gambar dan group photo.
Mertua bersama Sofea Zahra

Beraya tahun lepas cuma berdua tapi tahun ni bertiga

Group photo

Selepas beraya, sembang2 dan makan juadah rasmi spt ketupat, lemang dan rendang. Yg ini memang aku x nafikan ianya sungguh menyelerakan. Dah kenyang layan TV plak sambil menunggu tetamu dan juga beberapa kanak2 datang beraya. Kenapa kena layan TV. Kerana TV banyak menyediakan program Aidilfitri. Tema TV untuk tahun ini adalah Kosong-Kosong. Memang Kosong la.. Entah hapa hapa jer program tersebut. Kosong daripada pengisian yang berilmu dan bermanfaat. 100% Hiburan melalaikan.

Kehadiran sanak-saudara menambah seri Aidilfitri kali ini. Itu yang paling penting dan bermakna. Dapat la candid sekeping dua gambar mereka.
Testing composition dan juga candid sket2

Sanak-saudara yang hadir untuk memeriahkan raya

Saturday, 9 August 2014

Soalan yang Tricky

Ada satu soalan daripada kawan aku. Mula-mula agak bodoh juga dan kami yang berada di tempat kejadian bantai gelak sakan/ Soalan beliau berbunyi begini

"Lembu kalau masih hidup pastu kita potong ekor dia untuk buat sup ekor, adakah ekor yang baru akan tumbuh semula?"

Tricky kerana:-

1. adakah ekor ini bersifat spt kuku atau rambut? setelah dipotong tumbuh semula?
2. Atau mungkin ekor tersebut spt tangan/kaki. kau dah potong takkan tumbuh yg baru

Memang power la kawan aku ni buat lawak... Pecah perut aku gelak

Kredit : google

Friday, 8 August 2014

Hala dan Hulu

Baru baru ini aku menerima sepucuk surat atau lebih tepat lagi kad raya. Teruja sebab benda benda kad raya ni dah dikira perkara yang 'rare'. Apatah lagi ia dikirim oleh TakafulMan. Tapi.. Ada tapinya

Apabila aku baca alamat yg beliau taip tu perasaan aku bercampur baur. Aku tak tau mana satu yg patut aku zahirkan. Marah atau ketawa? Maki atau istighfar? Mana taknya.. Rumah aku alamat dia HALA Tasek Timur. Yang Takafulman pergi tulis HULU Tasek Timur tu pasal apa?.. Hulu tuh mcm menghina plak. Ini tak boleh jadi ni.. Perlu perjelaskan kpd beliau. Aku pon WhatsApp la kat dia

aku : bukan hulu.... HALA
Takafulman : kakakakakakaa

Apa pon terima kasih la Mr.TakafulMan

P/s nanti aku letakkan gambar

Tuesday, 5 August 2014

Ciri ciri org beriman

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Sedar tak sedar sudah 30tahun kita umur kita. Status Islam juga sama. Islam  yg dianut melalui warisan. Jika ditolak dengan 10tahun ( umur purata akhil baligh dan kefardhuan solat) maka sudah 20tahun kita memegang status muslim.

Kiranya seorang doktor,peguam,peniaga yg sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun, pastinya beliau sudah bergelar pakar dalam bidang tersebut. Tetapi pakar kah kita sebagai seorang muslim?  Masih ditakuk lama atau sudah naik taraf? Naik taraf dgn erti kata lain daripada muslim kepada mukmin. Oleh itu mari kita ketahui apakah ciri2 orang mukmin.

Dalam surah Al Mu'minun ayat 1-11 telah di ceritakan sebahagian ciri2 orang mukmin. Ramai yg sudah maklum ayat ini. Namun begitu sy sertakan juga beserta terjemahan. Mudah mudahan kalian beroleh manfaat



1. Sesungguhnya berjayalah orang2 yg beriman
2. Iaitu mereka yg khusyuk dlm sembahyangnya
3. Dan mereka yg menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yg sia-sia
4. Dan mereka yg berusaha membersihkan hartanya (zakat)
5. Dan mereka yg menjaga kehormatannya
6. Kecuali kpd isteri atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7. Kemudian, sesiapa yg mengingini selain yg demikian, maka merekalah org yg melampaui batas
8. Dan mereka yg menjaga amanah dan janjinya
9. Dan mereka yg tetap memelihara sembahyangnya
10. Mereka itulah orang2 yg berhak mewarisi
11. Yg akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya