Sunday, 10 April 2016

Everybody has a story

Dalam sekeping gambar yang dirakam, ia mungkin memberi penceritaan atau pun tidak. Jika tidak mempunyai penceritaan, saya membuat anggapan gambar itu sekadar biasa-biasa saja. Gambar yang mempunyai penceritaan ini saya memang suka. Setengah orang mengkategorikan gambar sebegini sebagai moment. Untuk memperolehi suatu gambar yang mempunyai penceritaan memanglah sukar tapi bukan mustahil.

Kadang-kadang penceritaan/moment dalam suatu gambar itu sudah wujud, namun penceritaan itu pula tidak cukup kuat, hinggakan terpaksa diperjelaskan dengan sepatah dua ayat. Beberapa garis panduan utk menguatkan lagi penceritaan juga diwujudkan antaranya diagonal lines dan layering. Apa pun kita hendaklah terus berlatih sehingga berjaya memperolehi gambar yang kita puas hati.


Monday, 21 March 2016

Hitam Putih


Ada kalanya sesuatu gambar itu lebih sesuai atau menarik jika ianya dalam bentuk format hitam dan putih. Namun ianya bergantung kepada kesesuaian tertentu. Aku masih belum jumpa undang2 tertentu yang mewajibkan sesuatu gambar itu ditukar kepada format hitam putih. Ada beberapa guideline yang boleh diambil sebagai rujukan tapi buat masa ini aku lebih suka tukar format mengikut citarasa aku sendiri.


Seorang 'apek' yang berlalu pergi daripada 'demokrasi'. Itulah penceritaan yang cuba aku sampaikan dalam gambar ini. Ia diperkuatkan lagi dengan lukisan mural bertajuk RIP Democracy.






Sunday, 21 February 2016

Framing

Antara elemen yg menarik dalam fotografi jalanan adalah campurtangan 'framing' terhadap suatu foto. Bukan susah mahu faham apa itu framing.

Tengok sahaja gambar terus akan faham.

Pelbagai benda sekeliling yg boleh dujadikan framing samada natural atau buatan.

Jadi harapan saya pembaca akan mendapat ilmu dan manfaat atas perkongsian ini.









Thursday, 14 January 2016

Reflections


Gambar ini saya cuba tonjolkan elemen pantulan disebalik cermin.
Mungkin jika crop maka hasil akan lebih baik.
Saya sendiri tidak kenal dengan brader tersebut.


Monday, 11 January 2016

Kedegilan untuk mengikut peraturan


 Dalam gambar ini bermacam perkara yang boleh kita lihat penceritaannya

1. Larangan menunggang motosikal yang tidak pon diendahkan
2. Perbandingan antara dua kenderaan : si penunggang melihat basikal yg suatu ketika dulu
pernah menjadi kenderaan beliau terutama time kanak-kanak

3. Basikal yg berkunci serta elemen raga atas basikal tersebut

Apa pon terpulang kepada kita untuk mengambil pengajaran daripada apa yg aku cuba sampaikan

Friday, 1 January 2016

Welcome 2016 dan Selamat Tinggal 2015

Ya... sudah berlalu pon 2015
Dan umurku serta umurkau pon meningkat setahun tua

Maka eloklah kita rancang apa juga yg termampu
untuk kita harungi hari-hari mendatang

2015 dipenuhi dgn kegembiraan dan tak lupa juga kekecewaan

Entah apa pula lah 2016 ni akan sajikan....

Thursday, 10 December 2015

Selamat Pengantin Baru : Eira & Zafarin

Tak silap aku mereka bernikah pada 28Nov2015. Majlis mereka berlangsung di Tumpat, Kelantan.
Aku hadir sbg tukang ambil gambar secara suka-suka. Ini kerana aku nak try amik gambar fotojurnalis di Rantau Panjang. Malangnya aku gagal dan hanyut dibuai jualan-jualan murah di sana.

Tentang majlis tersebut, biasa saja. Tiada yang luar biasa spt majlis artis/selebriti terkenal tanah air. Selain gambar nikah, ader juga aku ambil gambar outdoor dan berpeluang sket2 amik gambar landskap, itu pon secara x sengaja.

Balik dari Kelantan,(jalan Gerik-Tasik Banding) jumpa sekawan gajah sedang mundar mandir tepi jalan. Terkejut aku. Nasib baik lah gajah tu tak mengganas..