Thursday, 10 December 2015

Selamat Pengantin Baru : Eira & Zafarin

Tak silap aku mereka bernikah pada 28Nov2015. Majlis mereka berlangsung di Tumpat, Kelantan.
Aku hadir sbg tukang ambil gambar secara suka-suka. Ini kerana aku nak try amik gambar fotojurnalis di Rantau Panjang. Malangnya aku gagal dan hanyut dibuai jualan-jualan murah di sana.

Tentang majlis tersebut, biasa saja. Tiada yang luar biasa spt majlis artis/selebriti terkenal tanah air. Selain gambar nikah, ader juga aku ambil gambar outdoor dan berpeluang sket2 amik gambar landskap, itu pon secara x sengaja.

Balik dari Kelantan,(jalan Gerik-Tasik Banding) jumpa sekawan gajah sedang mundar mandir tepi jalan. Terkejut aku. Nasib baik lah gajah tu tak mengganas..




Thursday, 8 October 2015

Tragedi Oktober : Tiada Internet

28.9.2015
Ceritanya begini, internet rumah aku down

Setelah aku call orang TMnet, operator perempuan itu bagitau terdapatkabel yang dimasuki air. Maka pembaikan akan dilakukan dan dijangka siappada 1 Oktober 2015. Fuhh nampak gayanya akan
ending happily ever after tapi selepas itu ujian seumpama neraka pula yang muncul.

1 Oktober 2015
Aku call buat kali ke 2 setelah mendapati janji kosong yang ditabur. Butiran laporan ketidakpuasan
hatikudiambil dan aku terima satu mesej yang mencabar selang beberapa ketika kemudian. Tempoh dijangka siap pada 7 Oktober 2015.

7 Oktober 2015
Aku call Tmnet Customer Service Center. Macam biasa nada lembut perempuan operator yang menjawap panggilan aku... "Boleh saya bantu?" lembut sahaja "Aku dah 10 hari tak ada internet, ikutkan SMS hari ni akan ada tapi lepas aku balik keja kenapa internet tak ada lagi?" Lambat operator tu nak balas. Mungkin terkedu kerana dapat makian daripada aku. "Maaf Encik, saya dimaklumkan notis sehingga 9malam" makin tak bermaya suara operator itu. "Ok saya tunggu jam 9malam ni. Tapi aku tengok TV dan tak buat follow up dah kol 9mlm tuh. Malas... sebab aku yakin takkan dapat setel gak malam ni. Tunggu besok la nak mengamok lagi

8 Oktober 2015
Ader nombor tak dikenali call aku sekitar 1250tgh hari, Beliau tak pekenalkan nama, hanya bagitau dia kontraktor TM datang untuk baiki kerosakan internet rumah. Dia tanya pakai telefon rumah atau tidak. Ringan je tangan aku nak tampar muka dia. Ape ke bengap tanya pasal phone rumah? Zaman sekarang ni orang pakai handset jer bro.. Ko tau tak apebenda handset tuh ? Aku jawap tak de. Masuk rumah dan bagi dia testing modem dan dia cakap line tak de. Maka dia akan call orang TM yang lain untuk masukkan line pula. Yeay.. tak lama lepas tuh aku pon dah ade internet. Masalah ni tak habis kat sini jer. Internet yang baru ni kealjuan dia tak sampai pon 2MB sedangkan dalam kontrak yang aku sign tuh TMnet akan memberi kelajuan sebanyak 8MB. Jam 330ptg time tuh aku kat ofis orang TMnet yang mempunyai pangkal mula 03 call aku. Aku jawab dgn sopan dan explain kat dia pasal
masalah terakhir. Kol 10malam aku masih lagi berinternetkan 2MB.

Harap2 besok segalanya akan kembali normal

Monday, 27 July 2015

Beraya dan rumah anak yatim

Tahun 2015 ni agak special sket trip beraya. Mana taknya ade program istimewa bersama anak  yatim..
Sebelom itu aku nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua

Tentatifnya begini
1. Rumah Syam (9:00am - 10:30am)
2. Rumah Anak Yatim (10:30am - 1:00pm)
3. Rumah Supar (2:00pm - 3:30pm)
4. Rumah Sedol (5:000pm - 6.30pm)
5. Rumah Noor (7:00am - 9:00pm)

*syam supar sedol noor tuh nama kawan2 aku. Jgn korang tanya mcm mana dapat nama gelaran pelik sebegitu

Pasal berapa orang yg turun beraya ni tak payah aku cerita kan kpd korang kot. Korang pon bukannya kenal dgn brader brader yg turun beraya ni...

Rumah Syam menyediakan meatball dan kuah spagheti yg awesome tp aku x tau nak sebut ape. Kemeriahan mula terasa tatkala aktiviti rasmi membahan kawan2 menjadi acara utama. Selang seminit je mesti kena bahan. Begitulah resam 'kaum' kami ni. Pantang jumpa je mesti nak bahan. Memang kena tahan telinga dan bersabar.







Acara di rumah anak yatim adalah bersifat simple dan menghiburkan. Pendek kata 'everbody enjoy themselves'. Entah betoi atau tidak tatabahasa English aku. Hentam sahaja ler. Anak2 yatim ini dijamu makanan ala barat KFC yang kami beli. Ada sessi pengenalan dan ucapan pada mulanya. selebihnya adalah sessi makan2 dan menjamu anak-anak yatim ini. Nama Rumah anak yatim aku da lupa dan ini kali pertama aku tak kumpul info untuk material blog kali ini. Banyak yang aku miss. Siapa guru yang menjaga mereka, berapa orang anak yatim, berapa umur-umur mereka, dan banyak lagi la... Kesilapan aku.. Dan bila masa berlalu maka kemalasan untuk mendapatkan info pon bertambah berleluasa... Beberapa kepingan gambar aku sajikan untuk semua pembaca



























gantuk dah ni..
Good night
hahaha


Thursday, 2 July 2015

Tazkirah Ramadhan #15

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh
(Alm Imam Jalaluddin As-Suyuti)
1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka
Ketika di dlm kandungan
(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.
Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian
Kita hidup di alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa & terpaksa.
Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
Hadis nabi ada menyebut setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..
Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu maut.
Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus
Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..
Sakitnya perempuan yg bersalin itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..
Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita
Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
Nabi kata aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
Elok ingat ttng alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara shj...kejarlah jawatan ahli syurga yg kekal...

Tazkirah Ramadhan #14

Assalamualikum and good morning to my great teacher sir hassan and my friends.All praise is due to Allah (SWT), the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from our sinful deeds. He whom Allah (SWT) guides, no one can misguide him, and whoever Allah (SWT) misguides, no one can guide him. I bear witness that there is no deity worthy of worship but Allah (SWT), and I bear witness that Muhammad (pbuh) is truly His servant and Messenger.
As for today’s tazkirah, I humbly would like to share with all of you the benefits of the most powerful weapon for Muslims: the doa. As we know doa or supplication in Islam is one of the most beautiful and profound aspects of worship. It is a direct channel to communicate personally with your Creator, Who is ever Present, and ever ready to Respond. It is amazing to see how great doa really is. In a hadith narrated by Abu Hurairah, the Prophet (peace and blessings be upon him) said, “In the court of Allah, there is no greater thing than Doa” (Ibn Majah). Thus, it will be greater when we perform doa while we observe fasting during Ramadan.
Here are the benefits of doa:
1. The loss of arrogance – For someone that makes constant doa, arrogance is something that is not among their characteristics because when one beseeches Allah, he is affirming his own powerlessness
2. The fulfillment of the doa– You get what you wanted. For the people that sometimes see that their doas are not being accepted, there is either the option that the doa will be accepted later on in this life or in the Hereafter or the option that the doa will accepted by other means as one
3. The doors of mercy are opened – Abdullah bin Umar narrated that the Prophet said, “For whoever the door of doa opened, for him the doors of mercy are opened..
4. It has the power to change destiny (only the minor Qadr – not major ones such as the signs of the Day of Judgment) – Salman Farsi narrated that the Prophet said, “Doa turns away destiny and good deeds lengthen age (At- Tirmizi).
So let us not waste any time in this holy month and let us utilize this month wisely by increasing in our doa to the One who responds to all supplications. When you break your fast at the time of iftar, make doa .When you perform your prayer in the nights of Ramadan, make doa. When you are in the masjid, make doa.
I ask Allah; the most high that He blesses us in Ramadan and that He allows us to increase in our doa within this virtuous month.

Tazkirah Ramadhan #12

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamualaikum sahabat2 sekalian..salam 12 ramadhan..
'bentuk peribadi islam dengan tadarus alquran'
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).
Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain. Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain. Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus. Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.
Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar alKhattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat. Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.
Mungkin kita tidak sampai ke tahap para sahabat dalam mengamalkan alquran dan isi kandungannya. Namun, bacalah alquran walaupun kita tidak memahami nye kerana nabi pernah bersabda :
(( اقْرَؤُوْا القُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيْعًا لِأَصْحَابِهِ )) رواه مسلم عن أبي أمامة.
“Bacalah Al Qur’an karena ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.” (HR. Muslim dari Abu Umamah).
Perbanyakkan bacaan alquran di bulan ramadhan dan teruskanlah bacaan di bulan bulan yang lain. Moga kita mendapat syafaat di akhirat nanti.
Wallahu a'lam..

Tazkirah Ramadhan #11

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Makna Aidilfitri dan hakikatnya.
Assalaamualaikum semua sahabat sahabat dan salam 11 ramadhan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Perkataan ‘Aid’ atau (‘id) pada awal kata Aidulfitri adalah bermaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di dalam bahasa arab, kita sering menyebutnya dengan ejaan begini: ‘idulfitr. Perkataan ‘id + al-fitr.
Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Mengapa namanya demikian?
Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah kegunaan Ramadhan?
Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.
Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain.
oleh yang demikian, kita belum pasti kita akan dapat menyambut ramadhan yang akan datang, bahkan ramadhan ini pun tiada kepastian kita boleh bersamanya hingga ke penghujungnya.
sama- samalah kita merebut semua peluang yang dihidangkan di bulan yang penuh barakah ini insyallah.

Tazkirah Ramadhan #10

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamualaikum dan salam 10 Ramadan..
Rakan2 yang saya kasihi sekalian.. I'ALLAH perkongsian pagi ini bersifat santai bg meraikan hari cuti Sabtu.. Dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pentazkirah yang sebelum dan selepas dalam usaha memberikan ilmu kepada kita semua..
Tajuk tazkirah pada pagi ini adalah Tepung Pelita.. Kita andaikan kuih tepung pelita dengan bulan Ramadan.. kita tahu bahawa Ramadan menjelma, maka kuih tepung pelita pun menjelma.. maka kita boleh anggap diri kita seperti tepung pelita dimana kita hanya muncul semasa ramadan sahaja.. kita pergi ke masjid hanya pada bulan ramadan.. kita berzikir dan membaca Al Quran apabila tiba bulan ramadan sahaja.. tidakkah itu satu kerugian kepada diri kita.. oleh itu, ibadah ini perlu diteruskan pada bulan bulan yang lain selain bulan ramadan..
Rakan2 yang dikasihi..
Kita juga ketahui bahawa terdapat sejenis kuih yg seakan akan seperti tepung pelita namun ianya bukan tepung pelita.. kuih ini digelar sebagai kuih tako.. kita boleh perumpamakan tepung pelita itu adalah orang yg melaksanakan ibadah puasa dgn sempurna walhal kita ini sebagai kuih tako menganggap ibadah kita sempurna sepertimana tepung pelita walau pada hakikatnya tidak. Oleh itu, sedaya upaya kita lah mencari ilmu dan belajar dgn para ulama dlm mencari ibadah yang sempurna.
Rakan rakan sepemakanan sekalian..
Kita tahu sifat kuih tepung pelita yg mudah lerai dan lembut.. maka apabila kita membelinya, perlu kita jaga dan memastikan ianya selamat apabila sampai di rumah utk dijamah.. begitu juga dgn diri kita apabila tiba bulan ramadan yg memberikan begitu banyak kebaikan dan pahala pada diri kita.. oleh itu, perlulah kita menjaga diri kita daripada melakukan dosa kerana ianya akan merugikan kita dan ibadah kita di bulan ramadan ini..
Kuih tepung pelita sepertimana kita rasa, ianya semakin ke bawah kita makan semakin manis rasanya.. begitulah jua dengan bulan ramadan kita.. semakin kita menjangkau pertengahan dan akhir ramadan, sepatutnya semakin manis utk kita beribadah dan bersungguh sungguh mencari keredhaan ilahi.. oleh yang demikian, perlulah kita sentiasa memastikan graf ibadah kita meningkat mengikut peredaran bulan ramadan dan bukanlah semakin hambar dan akhirnya lengang dan suram masjid masjid apabila tiba akhir ramadan..
Oleh itu, marilah kita sama sama mempergiatkan ibadah menjelang dua pertiga ramadan ini..
Wassalam..

Friday, 26 June 2015

Tazkirah Ramadhan #9

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamualaikum
Segala pujian hanya layak untuk Allah,pencipta dan penguasa sekalian alam.kepadaNya lah sahaja diri ini berserah.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad Rasulullah yang kita cintai
KEMANISAN IMAN
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman
1)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul)
2)Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah
3)Benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Iman adalah meyakini didalam hati,melafazkan dgn lisan,dan menzahirkan dgn perbuatan.ada segolongan dari manusia yg keyakinannya teguh,tanpa secuit ragu-ragu terhadap apa yg dibawakan oleh Rasulullah.namun masih lalai dalam maksiat.tidak mampu menghindar diri dari perkara-perkara haram,atau tidak mampu istiqamah dalam beramal saleh.
Inilah golongan yg kita sebutkan dgn belum merasai kemanisan IMAN. Seringkali,kita juga terjatuh kepada tingkatan iman seperti ini,jika kita tidak menjaga qualiti iman kita. Ingat,iman itu sifatnya boleh bertambah dan berkurang.Sekali kita miliki,bukanlah bermaksud Ia tidak menjadi milik mutlak kita selama-lamanya.
Berbalik kepada hadis diatas, Rasulullah dgn hikmahnya menjelaskan kepada kita syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang untuk dapat merasakan kemanisan iman tersebut.
1) Mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya termasuk dirinya sendiri.
Bagaimana sikap orang dlm tingkatan iman ini?
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2) Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah.
Bilamana kita melihat seseorang yang tidak kita kenali,sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai redha dan rahmat Allah,hati kita bangkit untuk menyayanginya dan ingin membantunya.paling tidak dengan menghadiahkan sepotong doa ikhlas agar amalnya diterima Yang Maha Kuasa.Dan bilamana kita melihat saudara kita tergelincir dari landasan yang benar, kita tidak membenci malah mendoakan agar dia diberi hidayah agar dapat kembali.Itulah maksud sebenar sayang sesama muslim.
3) benci utk kembali kepada kefasikan dan kemungkaran
Firman Allah S.W.T dlm surah alhujrat ayat 7;
; akan tetapi Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus;
Saya berdoa untuk diri sendiri dan rakan2 semua,agar diberikan kekuatan utk memenuhi syarat2 diatas,agar kita sama2 dapat merasai "hallawatul iman" ini.
Kuncinya adlh OSTIQAMAH dan IKHLAS berusaha
Bukan senang nak jaga qualiti Iman. Seperti sukarnya nak jaga solat, apa lg nak jaga khusyuk dlm solat.Wallahi kalau aku,dlm solat yg sama pon boleh berbeza tingkat kekhusyukan.rakaat pertama boleh sujud bermunajat sehingga berderai air mata.rakaat kedua dah tak khusyuk pula krn teringatkan tugasan duniawi yg blom selesai. Allahuakbar. Begitu juga rapuhnya iman yg diangkat sehingga mudah sgt nak jatuh balik.tp kita terus usaha shbt2.kita terus menerus usaha. bersungguh2.memohon dan terus memohon.
Firman Allah dlm surah Yunus (10) : 9
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka karena keimanannya.
Yang baik itu dari Allah.
Tang hat lemah tu mai letaq ataih kelemahan cek.
Semoga beroleh manfaat.
Wallahualam

Tazkirah Ramadhan #8

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalammualaikum,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir
"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah"
Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)
Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.
Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!
" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)
Mudah- mudahan tazkirah ini memberi manfaat kepada rakan-rakan semua.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan jadikan puasa kita suatu yang sia-sia. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang telah lepas.

Tazkirah Ramadhan #7

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, today marks the seventh day of our blessed journey into the precious months of Ramadhan. Continuing the tradition of daily Ramadhan reminders (tazkirah) and in the spirit of English day of our group, I'm truly honoured to share some knowledge and thoughts on the special months of Ramadhan.
Before I begin, let me just state that my sharing today are mainly sourced from my all time favourite, Ustaz Nouman Ali Khan's (UNAK) lecture on the month of Ramadhan. I'll provide the link to the lecture below and I truly believe that we can all benefit from watching it.
From the first tazkirah of Ramadhan, our dear Mr President has shared with us of the wisdom of Ramadhan which is taqwa. As stated in the 183rd verse of Al-Baqarah; لعلكم تتقون - we fast so that we'll achieve taqwa. Taqwa is often defined as the fear of Allah, but UNAK mentions that it's derived from the word 'wiqoya' which means, protection. Thus Taqwa can be defined as seeking protection, or the ability to protect ourselves. So how does the month of Ramadhan help us in gaining the ability to protect ourselves? That is by becoming the training ground for us. During Ramadhan, we are actually training our heart to defy various urges in our lives. The urge of hunger from the tummy, the urge of thirst from our throat, the urge of nicotine fix from the brain. In fighting the urge, we're training our heart to be strong. To win the war, and Allah allows us to train in a controlled difficulties (no syaitan). So that we'll achieve Taqwa by the end of the month; our heart strong enough to defy any indecent urges of our body and mind.
Allow me to continue a bit longer than the usual length of our tazkirah. Please listen to the durus on the ayat 185 in the lecture because I'm going to skip that part, not because it's of less importance but because I truly feel that you need to hear it from UNAK. By the way, it's the only verse where the word Ramadhan is mentioned (I hope it'll trigger your interest).
Let me try to rephrase the lesson from ayat 186. In this verse, Allah guarantees that no one is beyond helping. No matter how disgusting and evil we think we are, irregardless of how disconnected we have been from Allah, all that is required is a single call (prayer) to Allah, then Allah is near (فإنى قريب). So who we are to punish ourselves and others around us by putting the 'hopeless' label when Allah guarantees that when we ask of him, he's always there for us. The word used here is "when" we ask of him, not "if", and Allah talks about this still within the verses regarding Ramadhan; The best months for us to get closer to Him, to repent and to seek His forgiveness. So let us grab this golden opportunity with what's left of this month to get even closer to Allah.
Before I ended the tazkirah today, allow me to add another advice. Let's us also take the opportunity of qiyamullail during Ramadhan to repetitively repent and seek for his forgiveness especially through the Taubah Prayer. For those like me who struggle everyday to refrain from commiting sins, let us take solace in his mercy. For those fortunate ones who rarely strays from the righteous path, repent & seek forgiveness nevertheless, for any shortcomings and imperfections. I once read on the virtue of Taubah, where it is said that chances are better for a sinner who keeps repenting (Taubah) every night, rather than a pious servants who feel superior (ujub / riya') of his good deeds thus never feel the need to ask for his sins to be forgiven. For he knows better, thus to him, and only him we rely on. Wallahua'lam.
*as promised, here is the link for the full lecture. It's a one hour plus lecture, which is the reason why I find it difficult to write a brief tazkirah (my bad). But please find some time to watch this. I hope that everyone will benefit from it, InsyaAllah.

Tazkirah Ramadhan #6

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!
Sahabat sekalian,
Betapa beruntungnya kita ditemukan semula dengan ramadhan buat kesekian kalinya pada tahun ini. Alhamdulillah.
Sudah semestinya menjelang ramadhan yang mulia ini, kita sebagai orang yang beriman akan/telah berkejar kejar mengejar kebaikan, dek kerna ganjaran yang lumayan dijanjikan Allah. Budaya beribadat dilihat membuak buak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang bersolat malam, bertadarus AlQuran, bersedekah, menjamu iftar, bertarawih dan berbagai bagai lagi amalan ibadah umum dan khusus sepanjang bulan mubarak ini.
Sebagai satu tool untuk check and balance, izinkan anaNya berkongsi sepotong hadith yang berbunyi:
Rasulullah saw bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar. (Shahih Muslim No.5036)
Hadith ini menerangkan bahawa hanya dengan RAHMAT Allah sahaja yang membolehkan hambaNya masuk ke syurga, ini kerana amalan kita masih belum tentu diterima Allah seandainya dilakukan dengan tidak ikhlas ataupun terselit riyak, ujub dan taqabbur.
Dalam perkara yang berkaitan,
Allah berfirman yang maksudnya: ”Katakanlah (Wahai Muhammad) Apakah akan kami terangkan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi amalannya? Iaitu orang-orang yang telah menyia-nyiakan amalannya dalam kehidupan ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” Surah al-Kahfi: Ayat 103-104.

Nah sahabat2, dalam kita berkejar kejar beribadah di dalam bulan Ramadan mahupun di bulan2 lain, janganlah kita merasa diri kita baik sangat dan menyangka amalan2 ini mencukupi untuk masuk ke dalam syurga Allah. Marilah kita sama2 membetulkan niat kita semata mahu mendapat rahmat Allah, serta mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit orang yang beramal iaitu penyakit riyak, ujub dan taqabbur. Wallahuak’lam.
Ini soal aqidah
Ini soal niat
Ini soal hati

Tazkirah Ramadhan #5

Tazkirah Ramadhan #5
Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Segala puji bagi Maha Pencipta kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas sehingga saat ini untuk berzikir mengingatiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sering kita rindui. Semoga syafaat Baginda bersama kita kelak.
Sahabat2 syurgaku,
Dalam kita mencari Taqwa dari hari ke hari, ketahuilah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggagalkan pelayaran kita dalam mencapai erti sebenar taqwa.
Bukan ingin menyalahkan syaitan dalam setiap perbuatan dosa kita, tetapi untuk sentiasa beringat bahawa syaitan dari kalangan jin dan manusia seringkali mendampingi kita untuk menyesatkan kita dengan cara apa sekalipun seperti janjinya kepada Allah untuk menyesatkan setiap anak adam di muka bumi ini.
Percayalah bahawa syaitan telah lama putus asa untuk menyuruh setiap insan yang solat untuk menyembahnya. Itu taktikal yang digunakan untuk mereka yang tidak solat dan tidak beriman. Syaitan akan terus membiarkan mereka dalam kesesatan.
Tetapi bagaimana pula dengan golongan meraka yang solat? Bagaimana pula dengan golongan yang seringkali pergi ke masjid? Sudah pasti taktikalnya berbeza seperti taktikal kapitan mok dan keri. Ya, niatnya untuk menjaringkan gol, tetapi set up dan movementnya berbeza sama sekali, tetapi playernya masih sama.
Wahai sahabat2 golongan kanan,
Mari kita sama2 periksa diri dan surrounding kita. Adakah syaitan berjaya menipu kita untuk terus sesat dalam keadaan kita tidak sedar?
Kita solat jemaah di masjid, adalah hati kita sentiasa niatnya tulus kerana Allah? Atau ade terdetik untuk merasa bangga?
Kita sering pergi ke majlis2 ilmu, adakah niatnya tulus kerana Allah? Ataupun untuk diri merasa lebih baik dari orang lain?
Ilmu agama yang byk di dada, adakah niatnya kerana Allah ataupun untuk pujian2 manusia.
Kita sering bersedekah, adakah terdetik di hati kita bahawa Allah memuliakan kita dengan harta?
Kita seringkali memberi nasihat dia media sosial, adakah niatnya ikhlas ingin membimbing manusia ke arah kebenaran? Atau untuk memperlihatkan betapa islamiknya kita?
Pelbagai situasi yang boleh menjadikan kita mengikut petunjuk syaitan walaupun pada mata kasarnya baik. Oleh itu, saya menyeru pada diri saya sendiri dan sahabat2 yang saya sayangi, mari kita sama2 cuba sedaya upaya untuk gagalkan misi syaitan ini supaya kita berjaya dalam pelayaran mencari Taqwa dan berhasil berada di syurga kelak.
Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kelemahan hambanya yang banyak dosa ini.
Sekiranya terdapat kesalahan dan khilaf di dalam tazkirah ini, sila tegur saya. Tazkirah ini lahir dari hati saya sendiri yang sering melakukan kesilapan.
Semoga kita semua beroleh rahmatNya.
Wallahua'lam.
Utusan,
Hamba Allah.

Tazkirah Ramadhan #4

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamua'laikum sahabat yang saya kasihi sekalian. Berikut merupakan tajuk tazkirah yang ingin saya sampaikan pada hari ini.
Redha: penguat di tengah himpitan musibah
Kisah ‘Urwah, anak pasangan hebat sahabat Nabi al-Zubair Bin al-‘Awwam dan Asma’ Binti Abu Bakar As-Siddiq.
Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid Bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Sham. Dalam perjalanan sesuatu terjadi pada kakinya sehingga timbul sebuah bisul yang pecah dan menjadi luka. Tiba di Syam, Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Tabib itu menasihatkan supaya kaki tersebut dipotong kerana jangkitannya tidak dapat dihentikan dan bakal membahayakan seluruh badan jika tidak dipotong. ‘Urwah setuju.
Tabib menasihatinya untuk meminum ubat bius terlebih dahulu sebelum operasi dijalankan namun dia menolak. Pada hematnya, ‘Urwah ingin sentiasa sedar mengingati Allah meski pada keadaan yang sangat meyeksakan. Akhirnya tabib memotong kakinya dengan gergaji, sementara ‘Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.
Pada waktu yg sama, ‘Urwah menerima berita bahawa anaknya mengalami kemalangan dan telah meninggal dunia. ‘Urwah tidak memberi komen apa-apa apabila menerima berita tersebut. Dia berdoa: ‘Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil seorang, Engkau masih meninggalkan enam yang lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota(dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga yang lain”.
MashaAllah, lihat akhlaknya dalam menghadapi ujian daripada Allah.
Tidak ramai org yang mampu kekal positif, apatah lagi bersyukur di saat hentaman musibah yang bertubi-tubi. Hanya orang yang redha sahaja yang mampu melakukannya. Hati yg redha datang daripada sifat keyakinan terhadap Allah swt, yakin bahawa Allah yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Bijaksana dan Maha Penyayang. Dalam surah al Baqarah ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Ketahuilah, mencapai redha di tengah musibah adalah sesuatu yang amat sukar. Namun ia tidak mustahil jika kita bersangka baik dengan Allah swt. Imam Abdul Wahid Bin Zaid berkata, ‘Sikap redha adalah pintu menuju Allah yang terbesar dan syurga dunia’.
Semoga kita semua dapat memupuk sikap redha dan tidak berputus asa dalam mencapai apa yang kita hajatkan dalam hidup kita, insyaAllah.
Sekian dahulu sedikit perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat insyaAllah...

Tazkirah Ramadhan #3

Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Alhamdulillah... Kita masih diberikan kesempatan untuk bersama Ramadhan 1436h pada tahun ini... Ini masa terbaik untuk kita bermuhasah dan tingkatkan amalan kita untuk meninggikan taqwa kita kepada Allah swt.
Semoga puasa kita bukan sahaja hanya 'puasa' semata-mata, bahkan kita mendapat kualiti yang sebenar sebagai seorang mukmin.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...
Dalam kitab Sair as-salikin, pengarang ada menyebut bahawasanya untuk mencapai darjat puasa orang solihin dan muttaqin, ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, malahan menegahkan diri dari berbuat maksiat dan perbuatan yang sia-sia. Maka hasil kesempurnaan puasa mereka seperti berikut:
1) menahan mata dari melihat sesuatu yang melalaikannya daripada zikrullah.
Sabda Nabi SAW: "melihat dengan syahwat itu ibarat satu anak panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis. Barangsiapa meninggalkan perkara itu kerana takut akan Allah, nescaya diberikan Allah iman kepadanya dan juga menikmati kemanisan iman itu dalam hatinya".
Rasulullah juga bersabda, "5 perkara yang membatalkan pahala puasa: berdusta, mengumpat, mengadu domba, bersumpah dengan dusta dan melihat sesuatu dengan syahwatnya".
2) memelihara lidah daripada perkataan yang sia-sia, berdusta, maki orang, berkelahi, dan sebagainya.
Maka, hendaklah orang yang berpuasa itu melakukan perkara berikut:
a) melazimkan diam
b) sibukkan diri dengan zikrullah
c) banyakkan membaca al-quran.
Sabda Rasulullah, "puasa itu perisai. Maka apabila kamu berpuasa, janganlah kerjakan sesuatu yang sia-sia dan elakkan perbuatan orang yang jahil. Sekiranya ada yang datang untuk membunuh atau memaki akan kamu, maka hendaklah berkata bahawasanya aku berpuasa. Maka jangan dilawan orang itu".
Semoga kita bersama-sama tingkatkan kualiti puasa kita dan terus beristiqomah demi mencapai taqwa Allah...
InsyaAllah...

Thursday, 18 June 2015

Tazkirah Ramadhan #2

ISTIQAMAH
Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah utk sama2 meneruskan puasa di hari yang ke2 ni. Bertambah berkat lg kerana hari ni sayyidil ayyam, jumaat barokah dan juga ramadhan.
Ashabul fadilah yang dikasihi,

Bulan ramadhan yg mulia ialah bulan ibadah, namun hendaklah kita mengelakkan diri menjadi abdul ramadhan atau hamba ramadhan. Apa itu hamba ramadhan? Iaitulah bila ramadhan yg dtg menyebabkan kita berpulun2 utk beribadah, Tp kita tinggalkan segalanya menjelang syawal tanpa ada perbezaan dgn diri kita sewaktu sebelum ramadhan. kita hanya kembali beribadat pd ramadhan yg akan dtg pula. Perkara ini tidak terhad kpd amalan saja, bahkan kebersihan hati dan mujahadah melawan dosa juga termasuk. Mengapa dlm bulan ramadhan kita dpt menjaga hati dari bersangka buruk, menjaga lidah dari mencarut tetapi kita tinggalkan segalanya menjelang pagi 1 syawal? Di mana yg dikatakan ramadhan itu bulan tarbiyah?

Namun begitu, bukan bermakna kita tidak patut bersungguh2 mengejar pahala ramadhan. Tidak sekali-kali. Kelak kita menjadi org yg rugi. Tapi jadikan ada amalan tertentu yg boleh kita jadikan amalan biarpun selepas ramadhan. Ingatlah ramadhan ini bukan matlamat tp hadiah Allah utk memperbaiki diri kita.

Jika kita jarang ke masjid, maka jadikan amalan kita yg pulun masa terawih sbg permulaan utk melazimkan diri ke masjid wpon selepas hari raya nanti. Jika kita jarang baca Quran, maka jadikan amalan mengkhatam Quran Masa ramadhan sbg pemangkin utk kita baca Quran wpon Satu muka sehari..itulah bukti bahawa kita berjaya menterjemahkan konsep yg betul ttg bulan tarbiyah itu nnt.

Sahabat yg dirahmati Allah,
Hayati maksud Firman Allah dlm surah al-ahqaf ayat 13 dan 14, "sesungguhnya org2 yg berkata Allah tuhan kami, lalu mereka istiqamah, maka tiada ketakutan bg mereka dan mereka tidak akan bersedih. Mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya sbg balasan atas apa yg mereka kerjakan"
Sudah pasti istiqamah itu sendiri salah satu ciri kpd taqwa spt yg diulas oleh tazkirah semalam.
Moga kita dpt meneruskan ramadhan ini dgn penuh tawadhuk dan berjaya menjadikan kita hamba yg rabbani Kelak.
Sekian.wslm. 

Tazkirah Ramadhan #1

Matlamat Sebenar Berpuasa : Adakah Untuk Mengejar Pahala?
Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01

Assalamualaikum.
Segala puji-pujian hanyalah selayaknya buat Tuhan Pencipta. Sebaik-baik selawat dan salam buat Rasul tercinta. Segala kebaikan buat mereka yang memenuhi tuntutan keduanya.
Ramadhan tiba lagi dan kita terpilih untuk bertemu dengannya. Dalam bulan mulia ini, kita berpuasa di siang harinya, mendirikan malamnya, memberi makan kepada yang berpuasa, menghulurkan bantuan kepada yang kurang berupaya, tak kurang juga yang berhasrat untuk menurukan berat badan agar lebih elok paras rupa. Jadi apa yang kita kerjakan itu, adakah untuk pahala, keredhaanNya, keampunan ataupun puji-pujian manusia? Firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 183;
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
Justeru, matlamat utama berpuasa bukanlah berharap agar ramadhan kali ini penuh makna seperti lagu Manbai dan Raihan, atau mencari sebanyak pahala buat bekalan di bulan selainnya. Falsafah berpuasa itu lebih mendalam lagi, dan ia ditujukan kepada diri kita sendiri. Berpuasa itu difardhukan buat kita dengan matlamat - "mudah-mudahan kita lebih bertaqwa". Saya menyeru diri ini dan semua yang membaca, betulkan semula matlamat kita, agar yang dikejar itu taqwa, kerana dengan taqwa itu, kita akan beroleh kebaikan selainnya.

Tuesday, 16 June 2015

Selamat datang Ramadhan

Selamat datang wahai Ramadhan

Ini masa untuk perbaiki kelemahan diri, tingkatkan amalan dan lain-lain
Ini juga tempoh 'servis berkala' bagi perut, hati, buah pinggang dan macam2
lagi komponen dlm badan. Servis berkala yang aku maksudkan adalah begini...

Anggapkan perut ini seperti kilang. Tak berhenti beroperasi dan bekerja.
Setiap hari ada sahaja makan/minum yang kita suapkan. Apabila kita berpuasa
maka set lengkap perut ini secara tidak langsung dapat 'rehat/cuti/Mc' selama
12jam. Itu sudah cukup baik untuk perut melakukan recovery.

Paling penting kau jangan la berbuka puasa seperti besok dah tak makan. Makan
macam besok nak pegi perang dan bajet gugur di medan perang. Bahasa marhein nya
"makan x ingat dunia". Bertenang dan suap pelan2.

OH ye.. sebelum terlupa. untuk Ramadhan kali ini, jika aku punya masa maka akan aku copy paste
segala tazkirah yg bermanfaat daripada group wassap. Bukan aku yg beri tazkirah ini.. kawan-kawan aku..

Monday, 15 June 2015

Pembina Dua Menara

Aku baru tahu sebenarnya Samsung tu bukan sekadar telefon bimbit, tv, mesin basuh , peti ais komputer dan pelbagai barangan elektronik yg lain. Samsung lebih drpd itu

Samsung adalah pembina kapal dan Samsung juga pembina dua menara.
Menara kembar Petronas dan menara 'Burj Khalifa' juga dibina oleh Samsung

Power bukan...?

Wednesday, 29 April 2015

Genap setahun

28.4.2014

Genap setahun usia sofea.

Banyak perkara yang menyentuh emosi telah berlaku sejak 'hadiah dari syurga' ini diterima
Landskap hidup aku juga berubah dalam suatu bentuk yang tak pernah akal aku duga
Bila kenang balik lipatan memori tersebut aku tersenyum jer

Terima kasih Tuhan atas kiriman hadiah dari syurga ini

Tuesday, 3 March 2015

Cerita pasal 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sudahpun masuk bulan Mac 2015

Byk juga benda yg aku tak cerita
Malas nak cerita
Gugup untuk bercerita
Cerita tu tak best sangat pon

1. Makan2 dan jalan2 di Pulau Pinang. Inilah yg terjadi kat sana

Sarapan pagi Astaka Tun Sardon
Rumah P.Ramlee
Lunch Nasi Kandar Telur Sotong
Zohor di Masjid Kapitan Keling
Lunch ringan selepas Zohor kat are Chowrasta Ais Kacang Tingkap/Teh Halia
Minum petang kat Padang Broom Pasembor dan Jus Markisa
Menikmati angin petang kat Padang Kota membawa ke Maghrib
Dinner ikan bakar kat Teluk Tempoyak
Tamat
......

Semua ini berlaku dalam masa satu hari.
Makan tak ingat dunia
Namun kos murah sbb pergi berlima (anggaran rm50- utk tol dan makan2)
Duit minyak di sponsor oleh salah seorang ahli

2. Buka studio fotografi

Kerja2 pindah dan kemas dah setel
Baru2 ni pasang air cond kat workstation
Interior design studio ni best sbb ade unsur retro dan modern
Next nak pasang satu lagi aircond-kalau dirasakan perlu
Oh ya nama studio - Phobticgraphy
Boleh la like kat fb pastu tengok website
Jgn lupa rekemen kat kawan2

Tuh je la wat masa ni
Till then