ISTIQAMAH
Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Credit to group wassap - IZZUDDINIAN'S 97/01
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah utk sama2 meneruskan puasa di hari yang ke2 ni. Bertambah berkat lg kerana hari ni sayyidil ayyam, jumaat barokah dan juga ramadhan.
Ashabul fadilah yang dikasihi,
Bulan ramadhan yg mulia ialah bulan ibadah, namun hendaklah kita mengelakkan diri menjadi abdul ramadhan atau hamba ramadhan. Apa itu hamba ramadhan? Iaitulah bila ramadhan yg dtg menyebabkan kita berpulun2 utk beribadah, Tp kita tinggalkan segalanya menjelang syawal tanpa ada perbezaan dgn diri kita sewaktu sebelum ramadhan. kita hanya kembali beribadat pd ramadhan yg akan dtg pula. Perkara ini tidak terhad kpd amalan saja, bahkan kebersihan hati dan mujahadah melawan dosa juga termasuk. Mengapa dlm bulan ramadhan kita dpt menjaga hati dari bersangka buruk, menjaga lidah dari mencarut tetapi kita tinggalkan segalanya menjelang pagi 1 syawal? Di mana yg dikatakan ramadhan itu bulan tarbiyah?
Namun begitu, bukan bermakna kita tidak patut bersungguh2 mengejar pahala ramadhan. Tidak sekali-kali. Kelak kita menjadi org yg rugi. Tapi jadikan ada amalan tertentu yg boleh kita jadikan amalan biarpun selepas ramadhan. Ingatlah ramadhan ini bukan matlamat tp hadiah Allah utk memperbaiki diri kita.
Jika kita jarang ke masjid, maka jadikan amalan kita yg pulun masa terawih sbg permulaan utk melazimkan diri ke masjid wpon selepas hari raya nanti. Jika kita jarang baca Quran, maka jadikan amalan mengkhatam Quran Masa ramadhan sbg pemangkin utk kita baca Quran wpon Satu muka sehari..itulah bukti bahawa kita berjaya menterjemahkan konsep yg betul ttg bulan tarbiyah itu nnt.
Sahabat yg dirahmati Allah,
Hayati maksud Firman Allah dlm surah al-ahqaf ayat 13 dan 14, "sesungguhnya org2 yg berkata Allah tuhan kami, lalu mereka istiqamah, maka tiada ketakutan bg mereka dan mereka tidak akan bersedih. Mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya sbg balasan atas apa yg mereka kerjakan"
Sudah pasti istiqamah itu sendiri salah satu ciri kpd taqwa spt yg diulas oleh tazkirah semalam.
Moga kita dpt meneruskan ramadhan ini dgn penuh tawadhuk dan berjaya menjadikan kita hamba yg rabbani Kelak.
Sekian.wslm.
No comments:
Post a Comment