Tuesday, 29 October 2013

Shortcut berguna Microsoft Excel


Dalam kerja seharian, kita tak boleh lari daripada menggunakan Microsoft Excel. Untuk orang lain excel ni menjadi suatu beban yang memberatkan kepala dan jugak mata. Kebanyakan hilang minat setelah 15minit dan rasa menyampah yang tinggi. Aku tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu, tidak diberitahu dan juga tidak mahu tahu.

Ada beberapa shortcut Microsoft Excel yang berguna dalam membantu mempercepatkan kerja. Selain itu ia agak menarik dan lebih mesra pengguna (apa punya ayat daa..) Eloklah kita mula secepat mungkin

Basic command, juga boleh digunakan untuk Microsoft Word
1. Ctrl + C = Copy
2. Ctrl + V = Paste
3. Ctrl + A = Select All
4. Ctrl + B = Bold
5. Ctrl + F = Find

Buat Graf sepantas kilat (1-2saat)
1. Select data yang diperlukan
2. Tekan F11 -setel

Select data dahulu

F11 je terus jadi macam ni

Masukkan Tarikh Hari ini 
1. Tekan Ctrl + ; (semicolon)

Masukkan Masa sekarang 
1. Tekan Ctrl + Shift + ; (semicolon)

Zoom
1. Tekan Ctrl dan pusingkan roda pada mouse (scroll mouse)
*roda mouse adalah benda yg terletak antara right klik dan juga left klik

Do Again
Do again adalah proses dimana command terakhir diguna semula. Payah sket nak terangkan. tapi aku cuba bagi korang paham. Andaikata fail tersebut mempunyai sehingga 30 worksheet. Worksheet korang tahu kan? Dan korang punya kerja kena padam 22worksheet. Cara lama dan membosankan adalah dengan tekan worksheet satu persatu then right klik pastu delete. Memang merana kalau kena buat macam tu 22 kali. Tetapi ada shortcut. 

1. Untuk step pertama pergi ke worksheet 1 dan right klik pastu delete (ini mula sahaja)
2. klik kat worksheet 2... Tekan F4
3. Klik kat Worksheet 3... Tekan F4
4.  Klik kat Worksheet 4... Tekan F4

Begitulah seterusnya sehingga korang berjaya men'delete' 22 Worksheet

Do again juga boleh digunapakai untuk command lain sepeti Bold, Underline, Add Sheet, dan juga mengikut kesesuaian kerja masing-masing. Bab ini kena explore sendiri le brader.

Sum (jumlah)
1. Alt + = (equal) 
* Microsoft 2010 dah ader icon shortcut kat ribbon

Select All Column
1. Ctrl + spacebar

Select All Row
1. Shift + spacebar

Balik ke pangkal Jalan A1 (automatic back to row/column A1)
1. Ctrl + home

Cukupla setakat ini sahaja. Beri banyak pon tak guna juga kalau korang tak test sendiri. Tips ni aku dapat kat youtube aje. Apa yang penting adalah ia mengikut kesesuaian kerja masing-masing. Tak nak guna tips ni pon tak pe. Tiada paksaan. Hanya sekadar info yang aku guna dalam kerja-kerja analisis data. Oh ya. aku sertakan video sebagai rujukan..





Monday, 28 October 2013

Moment di UTP

Ringkas cerita, aku menuju ke Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Perjalanan kira-kira 40minit.
Sempat sampai, terus take pic landscape





Tak lama lepas tuh kawan baru aku, Salman muncul
Dia terus ajar aku cara-cara shoot landscape
Aku kaget sebentar.
Ramah dan tak lokek ilmu pon dia ni. 
Macam dah kenal lama jer
Tanpa buang masa beberapa gambar diambil
Salman meminjamkan aku filter dan lens beliau. Salman tak shoot.
Salman kehilangan d90 beliau akibat jatuh ke dalam air buat kali ke 2
Ringkasnya, ini hasil tembakan yang aku pelajari daripada Salman





Banyak yang aku kena pelajari lagi..

Sunday, 27 October 2013

Parota dan Teh o

Aku singgah ke tempat yang dituju selepas Solat Maghrib. Disambut dengan mesra oleh Ah Xic dan seterusnya aku memaklumkan bahawa aku ader hasil tangkapan baru. Apa lagi kalau bukan lens prime 50mm. haha

Berikutnya perkara rutin bila ader barang baru. Mestilah menuntut ilmu dan test power. Rugi beli kalau x pandai guna. Banyak yang Ah Xic turunkan ilmu dia kat aku. Terasa bermakna sungguh. Itu belom ilmu editing lagi. Aku x bercadang nak tulis panjang2. Cukuplah barang sekeping dua gambar. Ya.. Entri kali ini lebih santai dan relaks. 


Menu santapan aku ialah... Parota Rich. Wujud dalam 2 bentuk iaitu biasa dan "cheese". Kedua-dua aku pernah rasa. Sedap dan tak rugi untuk mencuba kali ke 2. Haha. Dari segi penghilang dahaga pula aku tak memilih sangat. Cukup sekadar teh o panas.

Wednesday, 23 October 2013

Lambat 2 hari

Sepatutnya entri ini ditulis pada 22 oktober tetapi tak sempat. Kekesalan ku zahirkan kerana keterlambatan aku mencapai visi yang sepatutnya. Ku cuba tune idea ini kepada hari kejadian walau tiada sama frekuensi asal.
Hari ini kau berpisah dengan kerja
Hari ini kau mulakan rutin baru 
Hari ini kau hilang stress 
Hari ini kau lebih bebas 

Tapi hari ini aku belum gaji 
Tapi hari ini aku tiada daya
Tapi hari ini aku hilang kata-kata 
Namun azam hadiah tak pernah ku lupa

p/s Nanti kita pegi makan nasi arab bila abah da sihat.

22 oktober adalah hari jadi ayah aku. Insan idola ini tak ternilai respect aku kepada beliau. Pada aku he is the best. Enough said..


Tuesday, 8 October 2013

Zulkarnain dan Botol

Entri ini bukanlah berkaitan dengan Zulkarnain yang pernah korang baca. Ianya hanyalah suatu kenangan aku tentang keunikan yang tersendiri. Waktu itu aku berada di dalam kampus UTM Skudai, pada tahun 2003. Status aku pada waktu itu adalah Single (perlu ke mention benda nie?) dan yang paling boleh dibanggakan ialah gelaran "mahasiswa". Walaupon masih bergelar 'freshie' ia tidak menghalang aku daripada menyemai benih bangga sekejap. Belajar sampai Johor woi, takkan tak bangga lagi?

Hal mahasiswa ni pon satu problem jugak. Maklum ar mahasiswa sekarang ni tak macam zaman aku dulu. Rata-rata mahasiswa sekarang ni dah macam operator kilang jer aku tengok. Tak 'intelect' langsung. Sia-sia jer membawa matriks kad ke sana-sini tapi pemikiran umpama orang yang masuk penjara. Lebih tepat lagi penjara minda. Mengapa penjara minda? Ringkas sahaja... 

Kerana AUKU. Sapa yang tau apebenda AUKU tuh pasti akan faham. Sudahlah AUKU satu hal, muncul pula budaya perosak intelectual yang berlaku kepada mahasiswa dinihari. Mahasiswa yang main dota, counter strike, fifa dan macam2 lagi game tak berguna juga ramai. Mahasiswa yang main FACEBOOK? Lagi la berlambak-lambak. Paling tak best ialah mahasiswa yang terpesong daripada entiti intelectual sebenar iaitu yang dok tunggu depan TV layan program-program lagha seperti maharaja lawak, super spontan dan tak ketinggalan Akademi Fantasia.(AF 2013 dah nak start ni, kau orang tengok la penangan dia) 

Itulah realiti mahasiswa sekarang. Oh yang berpolitik dan menjadi MPM(Majlis Perwakilan Mahasiswa) pula lebih kepada program berunsurkan 'kursus kahwin' dan 'seminar mencari jodoh'. Pekebenda semua nie?? Maka wujudlah istilah mahasiswa tin kosong. Mahasiswa kini kian tersasar jauh daripada fungsi asasnya tersendiri iaitu menjadi penyelesaian masalah yang berlaku dalam masyarakat. Masuk ke dalam masyarakat dan selesaikan kepincangan yang berlaku. Jangan dok bangga belajar sampai ke menara gading tapi bila ditanya tentang penyata Razak, Laporan Fenn Wu dan Penyata Barnes, semua melopong..

Ok lah dah jauh aku merepek ni. Balik ke pangkal jalan. Kes Zulkarnain dan Botol ini berlaku sewaktu orientasi aku bersama freshies yang lain. Masa orientasi ni pakaian yang paling standard adalah baju putih dan seluar hitam bertali leher. Awal-awal masuk U memang teruja dengan fasilitator dan juga brader-brader yang dok study di pondok-pondok atau gazebo-gazebo berhampiran. Rasa macam heaven.. Syurga ilmu. Tapi itu cerita pada awal minggu sahaja. Ending sama juga. Nasib baik aku grad on-time. Salah satu sesi yang terpaksa dibuat adalah bermain game menguji kepantasan akal dan fikiran.

Game ini nama jer gempak tapi main dia senang jer. Ada unsur-unsur matematik sket. Kacang!! Pembahagian dilakukan kepada dua kumpulan, mahasiswa dan mahasiswi. Tak dapat la aku nak tunjuk power depan mahasiswi. Duduk dalam kumpulan secara bulatan dan sebut nombor 1,2,3,4,5,6. Orang yang ke 7 tak boleh sebut 'tujuh' sebaliknya kena sebut "botol" manakala orang selepasnya kena sebut 8,9,10 dan seterusnya. Rule dia mudah, Gandaan 7 dan nombor yang ada 7 kena disebut botol. Sapa yang salah kena keluar dan game start semula...
Ini bermakna nombor 7,14,17,21,27,28,35,37 dan seterusnya kena sebut BOTOL.. Pemenang akan dinobatkan sebagai RAJA BOTOL. 

Dipendekkan cerita aku tak menang pon game ini. Ada le aku bertahan dekat 5 round jugak. Ini kerana aku merasa bosan dengan game yang tak kemana ni. Sekadar melayan kehendak abang fasilitator aje. Final mahasiswa aku tengok diorang punya tekun main sampai ke nombor 70 ke atas. Time tu berbalas-balas sahutan botol, botol,botol, botol,. Akhirnya ia dimenangi oleh Muhd Dzulkarnain. Time tu aku tak kenal sangat dia ni.Melihat rupa dia saja memang sudah psycho. Patuh la dia bleh menang berbalas botol time final tuh. Kemuncak game ini apabila si Dzulkarnain ini bertemu dengan Amirah, juara botol mahasiswi. 

Korang bayangkan la time tuh macam mana tekanan final event game ni. Mahasiswa vs mahasiswi. Kali ni kena menang Dzulkarnain woi. Jangan kalah kepada mahasiswi. Ini soal maruah dan kemachoan kita. Kalau kalah memang aku cari dan gegar bilik kau, ucapan hati aku secara sayup sayup. Berpeluh-peluh jugak time tuh dah macam final badminton plak. Bermula final sehingga tamat semua mata tertumpu kepada Dzulkarnain dan Amirah. Namun begitu kejaguhan Dzulkarnain memang tiada taranya. Dengan berbekalkan muka yang psycho serta fokus game yang tidak berbelah bagi, si Amirah kecundang di tangan Dzulkarnain. Maka kami mahasiswa pon bersorak riang macam menang piala angkara si Dzulkarnain. Memang bangga dia time tu lagi-lagi bila abang fasilitator mengumumkan nama Dzulkarnain selaku RAJA BOTOL..

Begitulah kisah yang penuh inspirasi ini.. Aku nak tanya sket ni...Agak-agak korang la, apa nama gelaran yang kami panggil si Dzulkarnain ni? Dzul? Nain? Yer betol, akibat memenangi game BOTOL ini maka seluruh mahasiswa dan mahasisi memanggil beliau BOTOL. Kah kah kah 

p/s : Ketentuan secara kebetulan dia agak mengada-ngada jugak la. Akhirnya Dzulkarnain berkahwin dengan Amirah..