Tuesday, 8 October 2013

Zulkarnain dan Botol

Entri ini bukanlah berkaitan dengan Zulkarnain yang pernah korang baca. Ianya hanyalah suatu kenangan aku tentang keunikan yang tersendiri. Waktu itu aku berada di dalam kampus UTM Skudai, pada tahun 2003. Status aku pada waktu itu adalah Single (perlu ke mention benda nie?) dan yang paling boleh dibanggakan ialah gelaran "mahasiswa". Walaupon masih bergelar 'freshie' ia tidak menghalang aku daripada menyemai benih bangga sekejap. Belajar sampai Johor woi, takkan tak bangga lagi?

Hal mahasiswa ni pon satu problem jugak. Maklum ar mahasiswa sekarang ni tak macam zaman aku dulu. Rata-rata mahasiswa sekarang ni dah macam operator kilang jer aku tengok. Tak 'intelect' langsung. Sia-sia jer membawa matriks kad ke sana-sini tapi pemikiran umpama orang yang masuk penjara. Lebih tepat lagi penjara minda. Mengapa penjara minda? Ringkas sahaja... 

Kerana AUKU. Sapa yang tau apebenda AUKU tuh pasti akan faham. Sudahlah AUKU satu hal, muncul pula budaya perosak intelectual yang berlaku kepada mahasiswa dinihari. Mahasiswa yang main dota, counter strike, fifa dan macam2 lagi game tak berguna juga ramai. Mahasiswa yang main FACEBOOK? Lagi la berlambak-lambak. Paling tak best ialah mahasiswa yang terpesong daripada entiti intelectual sebenar iaitu yang dok tunggu depan TV layan program-program lagha seperti maharaja lawak, super spontan dan tak ketinggalan Akademi Fantasia.(AF 2013 dah nak start ni, kau orang tengok la penangan dia) 

Itulah realiti mahasiswa sekarang. Oh yang berpolitik dan menjadi MPM(Majlis Perwakilan Mahasiswa) pula lebih kepada program berunsurkan 'kursus kahwin' dan 'seminar mencari jodoh'. Pekebenda semua nie?? Maka wujudlah istilah mahasiswa tin kosong. Mahasiswa kini kian tersasar jauh daripada fungsi asasnya tersendiri iaitu menjadi penyelesaian masalah yang berlaku dalam masyarakat. Masuk ke dalam masyarakat dan selesaikan kepincangan yang berlaku. Jangan dok bangga belajar sampai ke menara gading tapi bila ditanya tentang penyata Razak, Laporan Fenn Wu dan Penyata Barnes, semua melopong..

Ok lah dah jauh aku merepek ni. Balik ke pangkal jalan. Kes Zulkarnain dan Botol ini berlaku sewaktu orientasi aku bersama freshies yang lain. Masa orientasi ni pakaian yang paling standard adalah baju putih dan seluar hitam bertali leher. Awal-awal masuk U memang teruja dengan fasilitator dan juga brader-brader yang dok study di pondok-pondok atau gazebo-gazebo berhampiran. Rasa macam heaven.. Syurga ilmu. Tapi itu cerita pada awal minggu sahaja. Ending sama juga. Nasib baik aku grad on-time. Salah satu sesi yang terpaksa dibuat adalah bermain game menguji kepantasan akal dan fikiran.

Game ini nama jer gempak tapi main dia senang jer. Ada unsur-unsur matematik sket. Kacang!! Pembahagian dilakukan kepada dua kumpulan, mahasiswa dan mahasiswi. Tak dapat la aku nak tunjuk power depan mahasiswi. Duduk dalam kumpulan secara bulatan dan sebut nombor 1,2,3,4,5,6. Orang yang ke 7 tak boleh sebut 'tujuh' sebaliknya kena sebut "botol" manakala orang selepasnya kena sebut 8,9,10 dan seterusnya. Rule dia mudah, Gandaan 7 dan nombor yang ada 7 kena disebut botol. Sapa yang salah kena keluar dan game start semula...
Ini bermakna nombor 7,14,17,21,27,28,35,37 dan seterusnya kena sebut BOTOL.. Pemenang akan dinobatkan sebagai RAJA BOTOL. 

Dipendekkan cerita aku tak menang pon game ini. Ada le aku bertahan dekat 5 round jugak. Ini kerana aku merasa bosan dengan game yang tak kemana ni. Sekadar melayan kehendak abang fasilitator aje. Final mahasiswa aku tengok diorang punya tekun main sampai ke nombor 70 ke atas. Time tu berbalas-balas sahutan botol, botol,botol, botol,. Akhirnya ia dimenangi oleh Muhd Dzulkarnain. Time tu aku tak kenal sangat dia ni.Melihat rupa dia saja memang sudah psycho. Patuh la dia bleh menang berbalas botol time final tuh. Kemuncak game ini apabila si Dzulkarnain ini bertemu dengan Amirah, juara botol mahasiswi. 

Korang bayangkan la time tuh macam mana tekanan final event game ni. Mahasiswa vs mahasiswi. Kali ni kena menang Dzulkarnain woi. Jangan kalah kepada mahasiswi. Ini soal maruah dan kemachoan kita. Kalau kalah memang aku cari dan gegar bilik kau, ucapan hati aku secara sayup sayup. Berpeluh-peluh jugak time tuh dah macam final badminton plak. Bermula final sehingga tamat semua mata tertumpu kepada Dzulkarnain dan Amirah. Namun begitu kejaguhan Dzulkarnain memang tiada taranya. Dengan berbekalkan muka yang psycho serta fokus game yang tidak berbelah bagi, si Amirah kecundang di tangan Dzulkarnain. Maka kami mahasiswa pon bersorak riang macam menang piala angkara si Dzulkarnain. Memang bangga dia time tu lagi-lagi bila abang fasilitator mengumumkan nama Dzulkarnain selaku RAJA BOTOL..

Begitulah kisah yang penuh inspirasi ini.. Aku nak tanya sket ni...Agak-agak korang la, apa nama gelaran yang kami panggil si Dzulkarnain ni? Dzul? Nain? Yer betol, akibat memenangi game BOTOL ini maka seluruh mahasiswa dan mahasisi memanggil beliau BOTOL. Kah kah kah 

p/s : Ketentuan secara kebetulan dia agak mengada-ngada jugak la. Akhirnya Dzulkarnain berkahwin dengan Amirah.. 

No comments:

Post a Comment