Thursday, 26 September 2013

Vatican City


Kalau korang masih ingat Azwan, baguslah. Sebab cerita kali ini ada hubungkait juga dengan beliau, secara tidak langsung. Azwan ini mempunyai seorang adik, Awi nama dia. Awi ni pulak lebih alim dan lebih budiman daripada Azwan. Perangai tak ketahuan hala ni aku tak tau dari mana Azwan ciplak. Namun begitu, Awi ni dia suke-suke jer panggil aku Izni, bukan Abang Izni sedangkan aku memang tahap brader-brader kot. Awi ni baru je masuk Universiti.

Satu hari tuh Awi solat kat rumah aku. Memang alim... Solat apa aku pon tak tahu, sebab time tuh jam menunjukkan tepat 4:00 petang. Dia solat kat Bilik 4 (bilik belakang). Kebetulan time tuh aku pon nak masuk Bilik 4 cari barang. Terkejut jugak aku mulanya tengok dia semayang. Lain macam sket dia ni semayang. Tak per kau tunggu jap lagi. Aku tak sergah Awi serta merta kerna menghormati beliau tengah solat walaupon aku tau dia salah.

Selang beberapa minit kemudian Awi pon selesai. Keluar dengan muka penuh berseri umpama nur menjamah bumi. Mungkin baru lepas wirid dan berdoa. Aku pon memulakan bicara. Kau semayang apa, Awi. Dah pukul 4ptg ni. Selamba jer dia jawab "Zohor dan Asar.. jamak". Kau bentang sejadah tadi arah mana? Arah sini, ringkas sahaja Awi membalas sambil menunjukkan arah dia solat sebentar tadi.

Aku tak terus mengangguk atau menggeleng. Cuma buat aksi kaku. Awi mula rasa serba tak kena. Kenapa Izni? Apa yang tak kena? soal Awi. Dengan tenang aku bertanya Awi, Kau tau tak kiblat ni menghadap ke mana? Makkah.... pantas Awi jawab. Not bad, kata aku tapi dalam hati jer la. Kemudian aku menambah ringkas, Kiblat ni arah matahari jatuh..

Sejak aku duduk kat sini, matahari jatuh arah sana... bermakna Makkah pon arah sana, sambil menunjukkan arah berlainan daripada kiblat yang Awi tunjuk tadi. Arah yang ko semayang tadi sebenarnya menghadap ke Vatican City!!! (tunjuk arah kiblat Awi)

Tanpa banyak soal Awi terus solat semula... Mungkin dia terkejut apabila aku menyebut perkataan Vatican City. Usai Awi solat aku tanya lagi kat dia. Kau tau tak Vatican City tuh tempat apa? Awi hanya menggeleng.
"Vatican City tuh pon kiblat juga...."Muka Awi berkerut terkejut. "..tapi untuk orang yang beragama Kristian sahaja" 
aku pon terus berlalu ke dapur meninggalkan Awi yang sebak dan rasa bersalah kerana tersalah kiblat.

Sejak peristiwa itu, Awi da start panggil aku Abg Izni... keh keh keh

No comments:

Post a Comment