Thursday, 8 October 2015

Tragedi Oktober : Tiada Internet

28.9.2015
Ceritanya begini, internet rumah aku down

Setelah aku call orang TMnet, operator perempuan itu bagitau terdapatkabel yang dimasuki air. Maka pembaikan akan dilakukan dan dijangka siappada 1 Oktober 2015. Fuhh nampak gayanya akan
ending happily ever after tapi selepas itu ujian seumpama neraka pula yang muncul.

1 Oktober 2015
Aku call buat kali ke 2 setelah mendapati janji kosong yang ditabur. Butiran laporan ketidakpuasan
hatikudiambil dan aku terima satu mesej yang mencabar selang beberapa ketika kemudian. Tempoh dijangka siap pada 7 Oktober 2015.

7 Oktober 2015
Aku call Tmnet Customer Service Center. Macam biasa nada lembut perempuan operator yang menjawap panggilan aku... "Boleh saya bantu?" lembut sahaja "Aku dah 10 hari tak ada internet, ikutkan SMS hari ni akan ada tapi lepas aku balik keja kenapa internet tak ada lagi?" Lambat operator tu nak balas. Mungkin terkedu kerana dapat makian daripada aku. "Maaf Encik, saya dimaklumkan notis sehingga 9malam" makin tak bermaya suara operator itu. "Ok saya tunggu jam 9malam ni. Tapi aku tengok TV dan tak buat follow up dah kol 9mlm tuh. Malas... sebab aku yakin takkan dapat setel gak malam ni. Tunggu besok la nak mengamok lagi

8 Oktober 2015
Ader nombor tak dikenali call aku sekitar 1250tgh hari, Beliau tak pekenalkan nama, hanya bagitau dia kontraktor TM datang untuk baiki kerosakan internet rumah. Dia tanya pakai telefon rumah atau tidak. Ringan je tangan aku nak tampar muka dia. Ape ke bengap tanya pasal phone rumah? Zaman sekarang ni orang pakai handset jer bro.. Ko tau tak apebenda handset tuh ? Aku jawap tak de. Masuk rumah dan bagi dia testing modem dan dia cakap line tak de. Maka dia akan call orang TM yang lain untuk masukkan line pula. Yeay.. tak lama lepas tuh aku pon dah ade internet. Masalah ni tak habis kat sini jer. Internet yang baru ni kealjuan dia tak sampai pon 2MB sedangkan dalam kontrak yang aku sign tuh TMnet akan memberi kelajuan sebanyak 8MB. Jam 330ptg time tuh aku kat ofis orang TMnet yang mempunyai pangkal mula 03 call aku. Aku jawab dgn sopan dan explain kat dia pasal
masalah terakhir. Kol 10malam aku masih lagi berinternetkan 2MB.

Harap2 besok segalanya akan kembali normal

No comments:

Post a Comment