Tuesday, 12 August 2014

Raya 2014 : Part 1

Seperti biasa aku yang sibuk ini akan tulis entri blog lambat sket. Dah 17 Syawal baru nak tulis pasal raya. Memang aku tiap2 tahun beraya secara sederhana. Entah bila aku mula-mula gunapakai konsep sebegitu aku pon dah tak ingat. Mungkin sejak aku dah tak layak untuk kutip duit raya kot!

Beraya rumah mertua tahun ni. First time la. Tak ada beza sangat pon. Pergi semayang raya pastu jamuan skit oleh pihak surau. Then bermaaf maafan seterusnya upacara tangkap gambar dan group photo.
Mertua bersama Sofea Zahra

Beraya tahun lepas cuma berdua tapi tahun ni bertiga

Group photo

Selepas beraya, sembang2 dan makan juadah rasmi spt ketupat, lemang dan rendang. Yg ini memang aku x nafikan ianya sungguh menyelerakan. Dah kenyang layan TV plak sambil menunggu tetamu dan juga beberapa kanak2 datang beraya. Kenapa kena layan TV. Kerana TV banyak menyediakan program Aidilfitri. Tema TV untuk tahun ini adalah Kosong-Kosong. Memang Kosong la.. Entah hapa hapa jer program tersebut. Kosong daripada pengisian yang berilmu dan bermanfaat. 100% Hiburan melalaikan.

Kehadiran sanak-saudara menambah seri Aidilfitri kali ini. Itu yang paling penting dan bermakna. Dapat la candid sekeping dua gambar mereka.
Testing composition dan juga candid sket2

Sanak-saudara yang hadir untuk memeriahkan raya

No comments:

Post a Comment