Kisah bermula bilamana seorang sahabat suggest kat aku supaya membeli satu buku yang best giler. Aku pon terpengaruh. Ah hal kecik dan senang jer nak beli buku ni. Bukan melibatkan benda yg bersifat teknikal.
Maka Lepas kerja aku pon terus menuju ke kedai yang pertama. Nama kedai ni Pustaka Muda tapi aku gelarkan ia sebagai "Kedai Abang Syam". Ini kerana Abang Syam jaga kedai tuh. Satu hal yang pelik tentang Abang Syam ni dia ada hobi yang rare giler iaitu mengumpul jersi. Memang sepanjang aku jumpa dia asyik pakai jersi jer. Aku akan ulas hal abang syam ni pad entri yang lain,(jika aku mahu)
"Kedai Abang Syam"
Masuk je kedai ni pendengaran aku terus disajikan dengan ceramah agama. Memang Islamic kedai ni dan aku pon senyum sinis. Mesti ada punye la buku yang aku nak tuh. Oh ya.. Ceramah agama tuh pasal Kisah Ghulam dan Raja... Korang boleh Google sahaja okey? Tak payah la aku nak story kat sini. Dalam sedar tak sedar, sambil aku mencari buku tuh sambil aku dok layan ceramah kisah Ghulam. Agak lama gak la.. Pencarian secara manual aku tak berhasil, dan tanpa membuang masa aku terus ke penjual yang bertugas mintak dia tolong carikan... "Akak, ada tak buku ehem ehem,? soalku mesra.
"Kita tak ambil buku daripada publisher tu adik"
Sebelum itu aku hamburkan pertanyaan kepada akak tu aku secara diam2 dalam hati berdoa. "Ya Allah kau permudahkan urusan ku".. Setelah akak tuh memberi jawapan singkat itu baru aku tau bahawa doa aku telah dimakbulkan secara instant. Ini kerana selepas ini aku boleh terus sahaja bergerak menuju ke kedai berikutnya. Tamatlah sudah cerita di kedai pertama.
Biasanya bila dah tak jumpa orang lain akan putus asa... Tetapi tidak aku. Member dah pesan secara serius kau kena baca buku ini. "Nanti aku pinjamkan dekat engkau" masih aku terngiang-ngiang suara sahabat aku tu. "Eh tak per la aku boleh cari sendiri" takkan la buku pon nak kongsi. Superbike aku AGD 897 tuh aku terus pacu dengan bangga menuju ke KEDAI 1MALAYSIA UTC IPOH
Lain pula ceritanya di kedai 1MALAYSIA UTC IPOH. Masuk je aku buat taktik yang sama mcam kedai abang syam. Ronda-ronda dan mencari buku tersebut secara manual. Dipendekkan cerita maka tidaklah aku menjumpai buku tersebut. Maka aku pon bergegas ke kaunter, lantas menegur adik yang bertugas. Adik tuh macam baru kerja jer, bila aku panggil dia terus jawab tak tau lalu panggil pekerja yang lain. Maka datang la seorang brader yang lebih tinggi daripada aku. Gaya brader ni macam da lama keje so dia pon pergi cari dan mengambil buku yang aku nak tuh kat rak depan. Malangnya itu bukan la buku yang aku hendak. Tajuknya hampir sama. Ahhh mula aku nak memberontak ni. Entah dari mana muncul plak orang ketiga, dengan slumber jer mencelah.
Kedai seterusnya berada di dalan JUSCO Kinta City. Ada dua kedai yang aku lawati iaitu MPH dan juga POPULAR. Di MPH memang tiada stok dan kena order. Ini membuktikan bahawa teori buku tersebut hanya kena deal direct dengan pengarang adalah tak logik dan palsu. Di POPULAR pon kes yang sama tapi aku kena berterima kasih kepada staf yang jaga department tersebut. Adik memang cun dan best, haha. Maklumlah itu jer harapan terakhir aku. Selepas beberapa ketika adik tersebut datang sambil buat muka bersalah.
Selepas Isyak aku pon sampai la ke destinasi impian. Haha memang kerja gile mencari buku sejak 5petang sampai la 9:15malam. Akhirnya selesai sudah. Puas hati dan berbaloi berkorban untuk buku ini. Oh ya aku baru perasan sebenarnya buku ini aku tak bagitau kat korang semua pon apa nama tajuk dia.. Haha sengaja aku buat demikian supaya korang baca entri ini sehingga habis. Ok tajuk buku tersebut adalah "mudahnya Menjemput Rezeki". Pada masa akan datang aku akan tulis review(ulasan) setelah selesai membacanya (itu pon kalau aku ada mood). Hingga ketemu lagi..
Buku tuh abang kena order direct dengan pengarang dia.Aku pon mendengar penerangan orang ketiga ini sambil meneka yang dia nie mungkin dari bahagian order-order buku untuk stok kedai tersebut. Cara dia terang pon memang boleh tahan. Tak de la macam adik yang mula-mula tadi... Aku pon terus berlalu meninggalkan kedai tersebut. Dalam dok jalan-jalan menghampiri tempat parking 'superbike' aku tuh aku tiba-tiba terpikir.. Takkan la kena order direct dari pengarang. Apa teruk sangat ker kedai buku kat Ipoh ni sampai tak dibenarkan beli dan jual kepada pengguna? Bangang apa yang merasuk pengarang sampai hanya dia je yang boleh jual? Kan ke menyusahkan aku dan orang lain.. Monolog aku terhenti kat situ jer sebab aku kena pegi ke kedai seterusnya.
Kedai seterusnya berada di dalan JUSCO Kinta City. Ada dua kedai yang aku lawati iaitu MPH dan juga POPULAR. Di MPH memang tiada stok dan kena order. Ini membuktikan bahawa teori buku tersebut hanya kena deal direct dengan pengarang adalah tak logik dan palsu. Di POPULAR pon kes yang sama tapi aku kena berterima kasih kepada staf yang jaga department tersebut. Adik memang cun dan best, haha. Maklumlah itu jer harapan terakhir aku. Selepas beberapa ketika adik tersebut datang sambil buat muka bersalah.
"Kat sini buku tuh dah habis bang".Aku hampa selama 1saat. Saat berikutnya aku dikhabarkan dengan berita gembira. "Abang kena cari buku tuh kat AEON STATION 18. Hanya tinggal 5 buah buku je". Dengan tersenyum aku membalas "terima kasih". Pon begitu aku mengamuk jugak la dalam hati. Nak ke sana satu hal. Dah nak maghrib dah ni. Nampaknya aku kena gerak lepas Isyak la cari buku tuh. Perjalanan pergi lebih kurang 20minit (11km)
Google Map untuk ke AEON Station 18
Jarak hanya 11km tapi berliku woi...
Selepas Isyak aku pon sampai la ke destinasi impian. Haha memang kerja gile mencari buku sejak 5petang sampai la 9:15malam. Akhirnya selesai sudah. Puas hati dan berbaloi berkorban untuk buku ini. Oh ya aku baru perasan sebenarnya buku ini aku tak bagitau kat korang semua pon apa nama tajuk dia.. Haha sengaja aku buat demikian supaya korang baca entri ini sehingga habis. Ok tajuk buku tersebut adalah "mudahnya Menjemput Rezeki". Pada masa akan datang aku akan tulis review(ulasan) setelah selesai membacanya (itu pon kalau aku ada mood). Hingga ketemu lagi..

No comments:
Post a Comment