"SEBENARNYA AKU NAK EXPLAIN SKET PERUBAHAN BILA DAH KAHWIN NI"Disebabkan aku Izni maka sudah tentulah ia berlainan dengan orang lain yang baru bergelar pengantin baru. Ya kahwin memang syok, best dan seronok. Dan sampai sekarang aku masih rasa begitu. Yang berubah hanyalah pemikiran, mula merancang untuk mencari rumah untuk perlindungan, zuriat dan waris, serta macam-macam lagi yang berkaitan.
Dari segi kewangan plak investment for retirement. Bunyi macam gempak je ‘investment for retirement’ ni. Senang cerita konsep yang mudah faham adalah bila bersara nanti (55 tahun – sekiranya panjang umur) berapa savings yang kau ada. Biasanya dikaitkan dengan wang ringgit. Disini aku nak menegaskan bahawa wang ringgit bukan matlamat utama. Tapi banyak benda nak buat kena menggunakan wang ringgit.
Ambil contoh pada 55 tahun aku nak ade simpanan sebanyak 700k, suatu nilai yang aku rasa mencukupi untuk saki baki hidup pada tahun seterusnya. Dan sekiranya aku berjaya, hidup ini menjadi lebih bermakna.. Kenapa, kerana pada tahun 2038 nama aku secara automatic akan dimasukkan ke dalam list Tabung Haji sebagai orang yang sudah layak untuk menunaikan haji. Terkejut?? Aku sudah pon mendaftar dalam waiting list, tunggu panggilan daripada Tabung Haji sahaja. Namun begitu, panggilan sebenar adalah apabila Allah memanggil hambaNya ini ke Mekkah.
Sekarang ni kau orang dah Nampak kenapa aku tulis panjang2 dan ape pentingnya ‘investment for retirement’ ni?? Bagus, tunggu apa lagi? Pergi la cepat-cepat daftar haji.. Buat penat je aku tulis panjang-panjang tapi ending dia korang tak pergi daftar haji. Oh ya tak silap aku(izni jarang buat silap) untuk daftar ni korang kena ada akaun Tabung Haji dan kena ada minimum amaun RM1,300.00 untuk melayakkan korang mendaftar haji..
No comments:
Post a Comment