Tuesday, 4 March 2014

Dari Ipoh ke Kluang

Setiap 2 minggu aku akan ke Kluang, Johor. Jika dihitung jumlah km perjalanan ini, nescaya aku sudah menjejakkan diriku ke Manchester, haha. Tapi itu bukan persoalan utama disini.

Kerapkali aku merasakan diri ini malang dan dugaan ini amat besar.
Acapkali aku bosan, putus asa dan menyalahkan beberapa pihak lain atas 'tragedi' ini.

Namun Yang Maha Esa itu tahu segala-galanya.

Aku pon dah lupa bila cerita kisah inspirasi ini dilemparkan terhadap aku. Tapi aku yakin dalam tahun 2014 juga. Sebelum itu, biar aku story sedikit jadual flight aku ke Kluang macam mana. Dari Ipoh, flight dijadualkan berlepas kira-kira 1:30pagi. Bergantung jadual dan musim juga. Jika musim perayaan maka Terminal Aman Jaya tu sesak dan flight delay itu normal, umpama makan nasi. Menaiki flight ke Kluang memakan masa 6 hingga 7jam. Jadi congaklah sendiri pukul berapa aku berada di balai ketibaan Kluang. Airport Kluang tak de la canggih mana, tapi memenuhi keperluan asas orang2 seperti aku. Ade perkhidmatan teksi, bas tambang dan juga peniaga-peniaga kecil di dalam dan di luar airport.

Biasanya aku x naik MAS mahupon AirAsia nak pergi ke Kluang. Aku lebih advance sedikit dalam membeli tiket. Cukuplah aku nyatakan kat sini, Airbus Cepat Ekspress. Pandai-pandai korang imagine sendiri. Time balik pula penerbangan bermula seawal 8:30malam. Dan Terminal Aman Jaya menyambut ketibaan aku sekitar 3pagi. Begitulah untuk 2 minggu yang seterusnya. Kitaran ini aku doakan agar tidak lama..

Macam biasa airbus 2 tingkat Cepat Ekspress tiba ke balai berlepas tepat pada waktunya. Aku pon masuk dan duduk kat seat aku. Tiba-tiba datang seorang pemuda, bertopi, berkulit cerah, berbadan athlete duduk disebelah aku. Mulanya aku sekadar berbasi-basa. Iye la, bukan awek cun pon. Setelah melambai kat isteri beliau, keadaan kembali tenang. Tapi tidak pada hati aku. Rupa-rupanya pemuda ini cacat atau trending sekarang ni orang gelarkan dia sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Aku x tanya pon nama dia. Rugi pulak.. Dia dengan riang ria ramah mesra bercerita tentang tujuan di ke Kluang, status perkahwinan dan kerja dia. Dia atlit OKU. Aku tanya sukan apa, dia jawab perahu layar. Hampir tergelak aku bila dia sebut perahu layar. Entah kenapa mulut aku gatal tanya pasal tangan dia yang OKU tu. Satu family OKU ke? Yang ini aku mengaku memang aku cilaka sket. Dia senyum lagi lantas jawab, tak la saya sorang jer dalam family. Mak aihh.. Tiba2 aku terbayang bagaimana susahnya hidup dia sewaktu kecil. Lepas tuh aku terus berat mulut nak tanya macam2 da. Lebih menyayat hati aku lihat dia membalas SMS dengan keadaan yang pada aku tersangat kekurangan. Setiap jari dia adalah 1/3 daripada jari orang biasa. Ini bermakna jari dia tidak boleh dibengkokkan. Susah bukan? Flight hari tu dia landing kat Kuala Perlis. Ade latihan katanya. Dia juga memberitahu aku suatu fakta penting yang selama ini sumpah aku langsung tak tau. golongan OKU ini dapat diskaun tiket.. Diskaun RM20 daripada harga asal.

Apa yang buat aku kagum adalah brader ni, (aku memuliakan dia dengan panggil dia brader dalam ayat yang akan datang) sedikit pon tidak merasa kekurangan. Malah setiap kali berselisih dengan sesiapa sahaja, perkara pertama yang dia buat adalah senyum. Namun terkadang aku lihat dia berjalan sambil peluk tubuh. Hidup brader ini aku rasakan dia happy dan dipermudahkan. Brader ini telah mengajar aku erti untuk menghargai hidup. Sebak aku.. Aku telah disekolahkan oleh seorang brader yang OKU.

Dua minggu selepas itu, aku tunggu dia kat Kluang, mana le tau kot-kot dia pon menaiki flight yang sama. Namun aku hampa. Dan trip-trip aku selepas itu pon aku gagal berjumpa dengan brader tersebut. Sehingga hari ini aku berharap agar ketemu dengannya untuk kali kedua. Agar lebih banyak manfaat aku peroleh daripadanya. Mungkin ini petanda atau hikmah dari Yang Maha Mengetahui kepada aku. Aku redha dan syukur kerana masih beroleh petunjuk. Mungkin ada rahsia sebalik trip dua minggu ke Kluang yang aku kena terokai sendiri.

Kalau lepas ni aku jumpa brader tu lagi, aku belanja kau...yeah!

Pengajaran:
1. Sesusah mana pon engkau diuji, ada lagi yang ujian lebih teruk kena kat orang lain
2. Fikir positif maka, perkara-perkara positif akan mendekati kita
3. Korang pikir la sendiri

kredit: Google



No comments:

Post a Comment