Petang tadi aku masuk bilik adik aku yg hanya mahu dikenali sebagai Aa. Time aku masuk dia tengah layan something kat Galaxy Samsung S4 dia. Entah la aku pon x tahu pebenda yang dia asyik sangat. Sambil aku salin baju, aku pon mula le berbicara sepatah dua kata.
"Aa, abang nak beli kereta la"
"Kereta apa? Kereta TAMIYA macam Aa punya ker?" Adik aku ni dah kemaruk main kereta kontrol mini TAMIYA. Dan again, aku x tahu le pebenda yang dia asyik sangat.
"Isk pebenda plak kereta TAMIYA. Kereta betoi la, Yang boleh bawak ke sana ke mari, boleh isi RON 97" aku mula tinggikan suara bila niat suci aku dipandang enteng.
"Apa model kereta yang kamu nak beli?" Aa menunjukkan minat
"Aventador. Kamu Google la tengok design dia. Kereta ni memang lawa, selesa dan ada class" tenang, padu dan bersahaja aku melontar bicara gaya abang sulung yang sejati.
"Brand apa? Toyota, Nissan atau Honda?" Aa makin teruja
Maka, sambil berlalu keluar dari bilik aku tersenyum sinis lalu mengeluarkan jawapan pendek Lamborghini.. Keh Keh Keh

No comments:
Post a Comment