Sudah lama benar rasanya aku tak mem'blog'kan diri. Bukan apa, cuma kesibukan hidup itu menghimpit aku dari terus mencoret kat alam maya ini.
Tidak banyak perkara luar biasa yg berlaku. Cuma semalam buku yg aku tunggu tunggu akhirnya tiba. Tak lain dan tak bukan buku 'Proletar 2 Menara'. Aku dapat buku tuh free. Hek eleh, itu pon nak bg tau.
So aku akan terus bz sehingga habis membaca buku tersebut. Jikalau mood aku baik dan aku ada masa terluang akan aku kupas sedikit isi serta kandungan buku tersebut. Buku ini secara umumnya aku bagi 5star walaupon belum habis baca lagi. Pandai pandailah engkau cari kat mana buku tuh dijual.
Dibelakang buku ini tertulis sinopsis ringkas tetapi aku tertarik dengan perenggan akhir sinopsis tersebut. Sebelum itu waktu aku sek rendah dulu ader la kempen mebaca anjuran sekolah. Pelajar dikehendaki membaca buku dan menulis ringkasan atau sinopsis buku yg dibaca ke dalam buku catitan khas. Pelajar yg paling byk baca akan diberi hadiah. Lebih kurang mcm tuh la. Yang lebih mencabar adalah pihak sekolah menetapkan minimum jumlah buku yang perlu dibaca adalah 10. Zaman kau darjah empat mane la kau minat membaca.. Minat bermain ajer la.
Entah dari mana datangnya minda genius terpendam aku tiba tiba dapat idea. Ringkas dan tak pening kepala. Aku pegi perpustakaan sekolah dan cari buku. Ye betul, buku yang ade tertulis sinopsis dibelakangnya. Apa lagi.. Copy dan paste pada waktu itu adalah salin menggunakan tangan, dan kesemua 10 buku itu 'habis aku baca' dalam tempoh sehari sahaja! Tapi pemenang sebenar adalah kawan aku yang selamba jer mintak pinjam buku catitan aku dan dia copy bulat bulat.
Ok berbalik kpd perkara sinopsis belakang buku PDM. Perenggan terakhir tertulis
"Membaca jambatan ilmu, tidak membaca jambatan bangang"
No comments:
Post a Comment