Thursday, 26 June 2014

Pelumba jalan raya

Aku tak berapa sure bilakah kejadian ini berlaku. Akan tetapi memang membangkitkan kemarahan kalau aku tiba-tiba teringatkan kisah jalan raya ini.

Aku memang memandu dengan cekap. Part ini engkau semua tak payah nak bangkang. Berada pada lane kanan dengan kelajuan melampau itu memang aku. X perlu dinafikan lagi. Dan pada hari tu aku melakukan rutin yg sama. Memandu dan memotong sesiapa sahaja yg slow. Aku tidak berkompromi. Walaupon engkau memandu mercedes, bmw, audi, tetap makan asap kalau bawa serupa siput.

Aku berada pada lane kanan... Tiba2 ada kereta dari belakang bagi Hi-Beam kat aku..
Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Bukan calang2 orang ni..aku pon ketepi masuk ke lane kiri namun kelajuanku tidak sedikit pon aku perlahankan. Biar dia berusaha keras untuk memotong aku.

Nampak gaya dia memang laju.
Kereta yang bagi HI-Beam tadi potong aku.
Aku pon menjeling pemandu yg hebat itu

Perempuan...

Arghh!!!! menyesal aku ke tepi

No comments:

Post a Comment